Saturday, September 1, 2007

Al Laahun- Hidden Village

Rumah-rumah yang terdapat kampung terpencil Laahun

Peta dan maklumat lokasi sejarah yang disediakan di kampung kecil Laahun

Jika boleh, aku mahu lama berada di Laahun.

Tapi aku hanya berangan untuk lama berada di situ. Pengembaraan singkat ke Laahun sudah cukup membuatkan hati aku tertarik dengan kampung terpencil tersebut. Walaupun tidak boleh lama.

Laahun sebuah kampung kecil terletak jauh tersorok di pergunungan lembah Wadi Mujeb. Tidak ada langsung kenderaan awam untuk ke kampung tersebut. Jika pengembara melalui jalan Dhiban ke Umm Rasas sudah pasti kampung Musherfah, Al-Jmeil akan dilalui. Namun, perkampungan kecil Laahun pasti tidak akan diketahui jika tidak ada sebarang papan tanda yang menunjuk arah.

Kampung Laahun jauh terpencil di tengah dataran padang pasir seakan-akan lembah kering. Penghujungnya ada dataran yang memungkinkan kereta menjunam masuk ke gaung lembah yang dalam jika terputus breknya.

Laahun lebih dikenali sebagai Yaahun dikalangan penduduk tempatan.

Petang itu aku mengembara ke Laahun dari bandar Dhiban bersama Ifwat. Seorang yang aku anggap pewaris peminat sejarah di bumi Jordan. Boleh dikatakan saban tahun aku mencari seorang yang boleh menyambung minat mendalam terhadap sejarah, akhirnya kedatangan beliau ke Jordan pada tahun lalu dan setelah mengenali dirinya, aku yakin. Dia seorang yang amat meminati sejarah dan akan menjadi seorang sejarawan yang hebat jika ia meneruskan minatnya.

Kami menyewa van dari Dhiban dengan bayaran JD5. Pemandu kami pada petang tersebut ialah Husamah Bani Hamaidah. Seorang yang masih muda. Muka kelihatan pemarah tetapi berbudi baik.

Kami melalui jalan kecil dari Dhiban menuju ke Musherfah. Dan dari persimpangan tersebut van terus menuju ke kampung Laahun. Jaraknya kira-kira 4 km dari persimpangan jalan Musherfah. Jalan barat terus ke Jumail, Umm Rasas dan Shariq Sahrawi.

Dalam catatan peribadi dan bahan bacaan yang ada. Tidak banyak maklumat memperkatakan tentang Laahun. Oleh sebab itu aku amat-amat ingin menjejaki kampung terpencil tersebut untuk melihat apakah yang ada di situ. Pernah aku membuka lonely planet guide untuk mendapatkan maklumat tentang Laahun. Namun ianya mengecewakan.

Dan inilah kepentingan bagi peminat sejarah dan mereka yang ingin mengkaji sejarah. Pemerhatian ke lokasi sejarah tersebut merupakan satu kelebihan yang amat bernilai. Semua orang boleh membaca sesuatu secara tetapi jika membaca dan disertai dengan pemerhatian ke lokasinya, ia akan lebih berharga.

Bagi diri aku, aku cukup berasa puas jika dua perkara tersebut dapat digabungjalinkan. Membaca kemudian mengkaji dan akhirnya tiba di lokasi tersebut ataupun tiba di lokasi tersebut membaca dan terus mengkaji.

Menjejaki kaki ke Laahun petang hari tersebut tidak mengecewakan aku. Aku mengutip banyak maklumat tentang kesan tinggalan sejarah yang berada di Laahun. Kebanyakkan kesan tinggalan di Laahun adalah dari zaman kerajaan Islam. Iaitu dari Kerajaan Umayyah, Ayubiah-Mamluk dan Uthmaniah.

Kesan sejarah di situ telah membuktikan Islam telah bertapak di kawasan tersebut sejak kurun ke-7 lagi. Tambahan kesan masjid kerajaan Mamluk masih boleh dilihat sehingga hari ini (dari kurun ke-13).

Namun, kerajaan Anbad yang wujud sekitar kurun pertama sebelum masihi pernah menduduki kawasan tersebut. Ini adalah hasil dari penemuan rumah ibadat anbad di kawasan tersebut. Dalam pada itu, kesan penempatan dari zaman Gangsa dan Besi turut ditemui berhampiran Ottoman House. Ini bermaksud manusia telah lama menetap di situ sejak sebelum kedatangan Islam lagi.

Kesan penempatan kerajaan Umawiah ditemui di Laahun. Begitu juga Mamluk dan seterusnya kerajaan Uthmaniah menjadikan kawasan Laahun sebagai penempatan mereka. Perumahan dari zaman Uthmaniah dan kesan-kesan tinggalan Uthmaniah masih kelihatan sehingga ke hari ini.

Kawasan Laahun ini telah dijaga oleh para arkeologi Belgium. Hasil kerja mereka sangat baik dan jarang ditemui hasil kerja sedemikian di lokasi sejarah lain di Jordan. Papan-papan tanda petunjuk arah lokasi di sediakan dan maklumat lokasi sejarah tersebut tertulis di papan tanda di tapak sejarah.

Pengalaman di Laahun sukar aku lupakan dan aku memasang harapan untuk kembali ke situ. Jika berpeluang.

Kesan-kesan sejarah di Laahun

Kesan Masjid Kerajaan Mamluk membuktikan Islam telah lama bertapak di kawasan ini

Papan tanda menunjukkan Rumah Uthmaniah dan petunjuk arah ke tapak arkeologi
penempatan zaman gangsa dan besi


Penempatan Lama dari Zaman Mamluk

Memori di Laahun

Papan Tanda menunjukkan kesan dari kerajaan Zaman Umawiah, Ayubiah-Mamluk dan Turki Uthmaniah

5 komen:

Anonymous said...

cantiknye kampung tpencil ni kan...msti puas ati dapat jumpa tempat baru,dapat ziarah lagi kat tempat tu n bnyak lak jumpa kesan2 kat situ..pendek kate tak sia2 la kan ke sane :)
1st time rase ce kesan2 kat joden yang telah djage oleh rkeologi belgium,nampak nye hasil kerja dorang mmuaskan bbanding rkoelogi lain ye...
tahniah jgk dah jumpa pewaris lak kan hehehe...ok la tu...leh trun2kan ilmu yang ade :)

Anonymous said...

salam
guli guling

mmg selama ni dah 7 tahun di jordan boleh kata semua tempat dah jelajah pergi utk memantapkan lagi pengetahuan dalam usaha utk jadi ahli sejarawan Islam yg berilmu :) ingatkan dah abis jelajah bumi jordan ni..rupanya banyak lagi yg ada..dan kebanyakkan payah nak cari maklumat2 nya dalam buku2..

mmg jmpa seorang junior yg sgt minat pada sejarah..payah nak jumpa. mmg cari orang yg betul2 minat..

SoFie NuR said...

lame dah x menjenguk cni..nmpaknye dah byk n3 baru...bestnye gi jalan...jeles giler...:(

Anonymous said...

salam sofie..

jgn jeles2..hehe selamat mulakan sem baru di sana..good luck.

ruypster said...

Nice music! Who is the singer?

ruypster - Blog
Là où je passe, je laisse ma trace.