Tuesday, September 4, 2007

Ma'bad Nabatean di Muhay


Perkampungan Muhay terletak kira-kira 30km dari bandar Karak. Berkedudukan di pertengahan jalan menuju ke Wadi Abyad, kampung berjiran dengan lebuhraya padang pasir untuk ke Arab Saudi.

Muhay di diami oleh kabilah Basyabsyah yang merupakan majoriti di situ. Kabilah Hajaya dan alQudhoh turut mendiami kampung kecil tersebut.

Penghuni padang pasir sekitar itu gemar mengambil jalan 'shortcut' ke Al-Hisa dari Muhay. Kebiasaanya mereka akan melalui perkampungan kecil Hamdiyyah dan Furaifura untuk ke Al-Hisa yang merupakan antara pekan pengeluar fosfat terbesar di Jordan. Penghuni Zhat Ras dan Sgeira juga sering mengambil jalan pintas dari kampung mereka sama ada ingin menuju ke Wadi Abyad atau Al-Hisa. Tidak perlu mereka menghabiskan minyak melalui Moab dan Umm Hamad untuk ke lebuhraya padang pasir.

Itulah Muhay. Ia dikenali sebagai kampung yang mesti dilalui jika mereka ingin ke lebuhraya utama ke Aqaba dari Karak-Mazar.

Untuk mereka yang mencintai sejarah, sudah pasti Muhay merupakan salah satu destinasi arkeologi yang boleh dikunjungi di Karak. Di Muhay terdapat kesan tinggalan kerajaan Nabatean dan perumahan lama dari zaman kerajaan Uthmaniah. Sebuah Ma'bad (rumah ibadat) yang dipercayai dari zaman Nabatean masih tersergam di sebuah Tellah (bukit rendah) di kampung tersebut. Kesan ukiran 2 ekor kijang pada dinding rumah ibadat nabatean masih boleh dilihat sehingga ke hari ini.

Turut ditemui ialah beberapa buah telaga yang sudah kering tanpa air.

Berhampirannya terdapat kesan runtuhan rumah-rumah lama dari kerajaan Turki Uthmaniah yang bersambung dengan perumahan moden Muhay pada ketika ini.

Kesan runtuhan ma'bad nabatean di Muhay (South Karak)

Ukiran 2 ekor kijang di dinding ma'bad nabatean, Muhay

Diceritakan, lembah luas berhampiran kota ini terdapat emas dan harta tertanam. Ia bukanlah satu khayalan tetapi realiti setelah mana banyak dari harta tersebut ditemui oleh penduduk tempatan. Sehinggakan berlaku pembunuhan di tapak tersebut beberapa tahun yang lalu. Pembunuh adalah penduduk tempatan yang mencemburui beberapa penduduk luar dari kampung tersebut hadir dengan tujuan mencari/mengali emas dan harta di situ.

Oleh itu, jika ada yang berniat untuk mecuba nasib mencari sesuatu bernilai di situ. Lupakan sahaja. Atau nyawa terancam.

6 komen:

mommy said...

betul tu..lupakan je.xyah cari nahas..^_^

Anonymous said...

bape kali dah ktempat ni...kot2 la ulang2 bnyak kali tjumpa ngn seketul emas hehehhe

SoFie NuR said...

rindunye kat jordan...(T_T)

selamat berpuasa..duit raye jgn lupe ek....hihihi

Anonymous said...

princess,
mmg xnak cari nahas.. :) baik duk umah diam2..hihi

Anonymous said...

guli guling,
ingat dulu kali pertama sampai di Muhay pada tahun 2001. dengan ust ijai..kami pergi naik coaster. mula2 sampai ke kampung tue dah ditanya oleh penduduk kampung. Kamu berdua datang sini bawa cangkul nak cari emas kah? kami ketika itu xpaham apa maksud arab tempatan muhay bertanya begitu.. selama balik ke mu'tah dan bertanya kepada arab lain..barulah tahu kisah sebenar berkenaan org mencari emas tersembunyi di kampung itu... sehingga ke hari ini rasa2 baru 6 kali ke kampung tue..

Anonymous said...

salam sofie,
rindu jordan? mehla nak jalan2..dr simferefol tue g la jalan2 odessa dulu..pehtu gla istanbul..pehtu datangla direct ke amman dr istanbul.. :)..