Monday, September 3, 2007

Tunjuk Perasaan di Jiza

Pekan Jiza yang terletak berhampiran dengan Queen Alia International Airport (QAIA).
Di pekan inilah berlakunya tunjuk perasaan membantah kenaikan harga sya'ir yang cukup
menekan penternak kambing biri-biri di Jordan


Kenaikan harga barang terus menekan kehidupan rakyat di Jordan. Jika mereka dari kakitangan awam, gaji tidak naik tapi harga barangan terus meningkat. Peniaga juga yang mengaut banyak keuntungan.

Semalam berlaku tunjuk perasaan di Jiza. Kenaikkan harga Sya'ir oleh kerajaan cukup membuat para penternak kambing berang dan marah. Mana tidaknya, kenaikkan lebih 100% daripada harga asal memberikan mereka tekanan yang amat hebat.

Sya'ir merupakan sejenis bijirin yang menjadi makanan utama kambing biri-biri. Kebiasaanya untuk 1000 ekor kambing penternak memerlukan 20 syuwal Sya'ir sehari (1 syuwal bersamaan dengan 50 kilo). Harga untuk 20 Syuwal tersebut sebelum kenaikan harga ialah JD 90. Tetapi kerajaan pimpinan King Abdullah II telah menaikkan harga kepada JD210 untuk 20 syuwal sya'ir! Kenaikan yang sungguh tidak munasabah.

Kerajaan menyatakan bahawa kenaikkan tersebut berpunca dari kemasukkan sya'ir dari luar Jordan dengan menyatakan juga bahawa keluaran sya'ir di dalam negara berkurangan.

Dengan sebab ini juga Menteri Kewangan Jordan bertindak mengherdik Raja demi untuk membela rakyat. Malangnya tindakannya dianggap biadab lalu ditahan di penjara pada ketika ini.

Rentetan dari itu, penduduk di Jiza dan dari kawasan lain yang rata-rata mereka penternak kambing telah melakukan demontrasi dan tunjuk perasaan membantah keputusan kerajaan yang didakwa menekan hidup rakyat. Jalan utama Amman ke Aqaba yang melalui Jiza ditutup buat sementara dengan kawalan polis khas Jordan. Tunjuk perasaan oleh rakyat dapat dikawal dan dileraikan.

Sehingga hari ini, para penternak terus berdukacita kerana harga sya'ir mustahil akan diturunkan manakala pembela mereka pula di anggap pesalah dan penderhaka.

6 komen:

Anonymous said...

betulke kejadian ni berlaku? kat joden? tataula plak..

Anonymous said...

adakah semua berita di jordan disampaikan di media cetak dan eletronik tempatan? tambah2 hal berkenaan menghentam kerajaan? mana2 pun sama.. Malaysia? Huh!

Anonymous said...

siannye rakyat jordan...bganda lak naiknye ye,mmg tak logik toi,dari JD90 naik trus ke JD210,dah le rakyat jordan bnyak yang mgembala kambing,btoi2 malampau...
buat dmonstrasi pun tak mjadi gak...
kalau kite dmsia ni sgala bende dah naik harga,minyak,tol tak payah cakap la,tambah2 sgala kperluan hrian pun tkena tempiasnye untuk same2 mngambil ksempatan kaut untung lebih...
segala tunjuk prsaan n bntahan smua tak mjadi...

madt said said...

raje die xbele kambing, die peduli ape..

org jordan pun satu, dulu puji & lambung2 raje die sampai xjejak bumi raje die melambung.. skrg rasekan habuan yg korg dpt hasil lambungan korg terhadap raje korg tu..

tgk raje saudi, lambung die dpt minyak murah, dapat itu dapat ini.. lambung raje joden dpt ape?

"hidup king abdullah II"! jish3.. (hampeh~)

Anonymous said...

salam guli guling,
mmg kebiasaanya begitu. tunjuk perasaan dan tidak puas hati. rakyat hanya boleh tunjuk perasaan marah dan rasa tidak puas hati..namun adakah ia akan merubah keadaan? Ahyanan. Bahkan amat payah..

Anonymous said...

salam akhi mataq,
membangunkan negara untuk cipta kemajuan dan bangunan hebat2..tapi rakyat hidup perit. Susah! Nak makan pun payah.. dulu zaman king hussein minyak diesel 70fils saja. dalam era abdullah..315fils seliter! Petrol skrg seliter 620fils..sudah menghampiri usd1 seliter.. org kaya mudahlah..rakyat yang miskin? gaji guru biasa sekitar jd220 sahaja.. abis kan sewa umah dan makan sahaja (tu pun lum cnfirm ckp)..bagi yang merokok plak? aduh..sian2..