Thursday, July 10, 2008

Halawa Buah Betik

Pekan Tapah, Perak

Hari ini saya menemani isteri ke Tapah untuk mengemas barang di rumah sewa yang pernah di diami oleh opah sebelah emak untuk dipindahkan. Alang-alang berada di Tapah kami sempat membeli beberapa keperluan yang jauh lebih murah berbanding di Ipoh.

Tiba di Tapah kami terlebih dahulu ke rumah opah Betah yang terletak di Bidor. Tujuan ke rumah opah Betah adalah untuk menghantar ciyo yang dipinjam darinya oleh keluarga mertua semasa Majlis Akad Nikah tempohari. Kali pertama mendengar nama ciyo memang berasa pelik. Banyak sangat lagi kalimah bahasa sendiri yang saya belum tahu. Ciyo adalah bantal bersulam benang emas. yang digunakan oleh pengantin lelaki (duduk di atas bantal tersebut) ketika akad nikah. Sesudah diberitahu oleh isteri barulah tahu 'menatang' tersebut.

Opah Betah antara pewaris generasi lama yang mahir mengait ciyo, sarung bantal, kipas pengantin, cadar dan lain-lain dengan menggunakan benang emas. Jika set cadar pengantin kini harganya mencecah ribuan ringgit dan berbulan untuk disiapkan. Opah Betah sendiri mengatakan dia pun dah tak larat nak buat semua itu dan sudah tidak ramai yang berkemahiran untuk menyediakan sarung yang mengunakan benang emas dikait dengan tangan bukannya mesin.

Opah Betah juga masih menyediakan Halawa yang dibuat dari buah betik. Orang dulu-dulu sudah pasti menggemarinya dan dibuat untuk hantaran perkahwinan. Orang-orang zaman sekarang tidak lagi menjadikannya sebagai hantaran perkahwinan yang mesti ada seperti kebanyakkan orang dulu kala bahkan mungkin sudah tidak mengetahuinya. Tambahan tidak ramai yang sanggup menyediakan atau langsung tidak tahu bagaimana menyediakannya.

Opah Betah menyatakan yang dia sudah tidak larat nak sediakan Halawa dari buah betik itu tetapi masih ada yang menelefon dan merayu agar dia dapat sediakan jugak untuk dijadikan hantaran perkahwinan anak mereka. Ketika berada di rumah Opah Betah beliau sedang menjemur Halawa buah betik untuk 4 tempahan yang diterimannya.

Halawa dibuat dari buah betik untuk dihias dan dijadikan hantaran perkahwinan yang masih disediakan oleh Opah Betah yang menetap di Bidor. Generasi sekarang sudah tidak ramai yang sanggup menyediakan benda rumit sebegini.

Dari rumah Opah Betah di Bidor kami kembali ke Tapah. Setelah membeli beberapa barang di pekan Tapah saya dan isteri terus ke rumah di Batu Tiga mengemas apa yang patut dan bertolak pulang ke Ipoh dalam keadaan hujan yang lebat. Tiba di Ipoh jam 5.00 petang.

Sebelum Maghrib saya menemani isteri ke Klinik. Selepas solat saya mengadap laptop sehingga menulis entry ini sebelum masuk tidur.

Wednesday, July 9, 2008

Jalan-jalan di Kuala Kangsar

Sungai Kangsar

Dalam perjalanan balik ke Ipoh dari Parit Buntar minggu lalu saya dan isteri berkesempatan singgah sebentar di bandar Di Raja Kuala Kangsar. Banyak juga perubahan pada landskap bandar yang berlaku. Berbeza ketika aku meninggalkannya hampir 8 tahun yang lalu.

Berada di Kuala Kangsar umpama balik ke kampung kerana saya pernah hidup hampir 5 tahun di bandar di Raja negeri Perak ini ketika menuntut di Madrasah Idrisiah, Bukit Chandan dari tahun 1994-1999. Banyak jugalah kenangan pahit manis yang tercipta di daerah indah ini.

Dalam perancangan awal, saya dan isteri ingin mengunjungi Galeri Sultan Azlan yang terletak di Bukit Chandan. Galeri ini baru siap di bina beberapa tahun yang lalu. Dahulunya ia merupakan bangunan Sekolah Raja Perempuan Mazwin dan kini sudah diubah menjadi Galeri Sultan Azlan. Kami tiba jam 5.10 petang dan galeri tersebut tutup jam 5.00 petang. Tak ada rezeki nak masuk pada hari itu.

Kemudiannya, kami terus ke kawasan Istana Iskandariah dan ke Istana Kenangan. Hanya sempat bergambar di luar kawasan Istana kenangan kerana ia juga ditutup pada jam 5.00 petang setiap hari. Dalam perjalanan kembali ke kawasan pekan singgah sebentar di Masjid Ubudiah untuk solat asar.

Ketika zaman persekolahan dahulu dan ketika arwah Ust Musa Zainuddin masih ada, setiap pagi kami diwajibkan solat di Masjid Ubudiah yang hanya terletak berhadapan dengan Madrasah Idrisiah. Selepas beliau meninggal dunia pada 19 April 1999 banyak perubahan telah berlaku di Madrasah Idrisiah. Tak tahulah keadaan kini bagaimana.

Lepas solat asar cadang nak tengok bangunan Kolej Islam Darul Ridzuan yang baru terletak di Bukit Chandan tetapi isteri ingin berkunjung ke kawasan jualan cenderahati dan kraftangan kerana dia belum pergi ke kawasan itu walaupun pernah ke Kuala Kangsar sebelum ini.

Destinasi kami kunjungi sebelum bertolak balik ke Ipoh ialah kawasan yang dikenali dengan lembah. Masa zaman sekolah dulu kami kerap ke kawasan lembah kerana terdapat gerai cendol yang sedap. Gerainya dahulu berbentuk bulat dan kini sudah di roboh dan dibina baru seperti yang sedia ada sekarang. Ketika itu kawasan lembah agak sibuk kerana penduduk-penduduk Sayong menyeberang menaiki bot melalui kawasan tersebut kerana tiada jambatan lagi ketika itu menghubungkan pekan Kuala Kangsar dan Sayong. Kini sudah siap Jambatan Sultan Abdul Jalil setelah berpuluh tahun penduduk Sayong menantikan janji ahli Parlimennya.

Selepas Makan Mee Kari dan Rojak Buah di lembah saya dan isteri bergerak pulang ke Ipoh. Best jugak jalan-jalan di Kuala Kangsar.


Istana Kenangan juga dikenali dengan Istana Lembah dan Istana Tepas. Istana ini dibina pada tahun 1926 sebagai tempat persemayaman sementara D.Y.M.M Sultan Iskandar sementara menanti siapnya Istana Iskandariah. Kini bangunan ini menjadi Muzium Di Raja Perak yang menyimpan pelbagai khazanah dan sejarah.

Madrasah Idrisiah diasaskan pada tahun 1922

Masjid Ubudiah, Bukit Chandan, Kuala Kangsar

Semoga Allah melindungi DSAI


Bergambar kenangan bersama Dato Seri Anwar Ibrahim ketika kunjungan beliau bersama dua orang puterinya Iman dan Hana ke Kediaman Rasmi MB Perak. Datin Seri Wan Azizah tidak dapat bersama disebabkan beliau tamat sidang parlimen lewat jam 8.30 malam pada hari tersebut.

DSAI masih mampu tersenyum dan tenang menghadapi situasi yang beliau sedang alami. 'Berani Kerana Benar, Takut Kerana Salah'.! Tidak ada apa yang perlu dirisaukan selagi berada di pihak yang benar.

Yang menjadi masalahnya ialah mainan politik busuk oleh UMNO dan BN. Terang-terang puak-puak ini sedang berusaha menjatuhkan karier politik DSAI ketikamana mereka melihat penerimaan rakyat sudah semakin menurun tambahan desakan hebat terhadap mereka untuk meninggalkan Putrajaya kembali ke kampung halaman.

Prinsip menentang UMNO adalah kerana dasarnya yang tidak Islamik bukan kerana 'penganutnya'. Tetapi jika sesetengah 'penganutnya' sendiri sudah hilang perikemanusian 'bersifat gila' atas sebab kepentingan perut sendiri, ia sudah wajib ditentang.

Saya tidak pandai menjadi pengkritik politik. Tapi sebagai manusia yang diberi akal, sudah boleh berfikir dan menilai mana yang benar dan mana yang salah.

Allah pasti menunjukkan kebenaran dan menjahanamkan segala kebatilan. Semoga DSAI dilindungi oleh Allah dan diberi kekuatan disepanjang ujian yang sedang dan bakal dihadapinya

Sunday, July 6, 2008

Hadiah di Majlis Perkahwinan

Update : 26 Julai 2008

Genap sebulan dah Majlis Kenduri masih ada yang memberi hadiah. Terima kasih di atas pemberian hadiah sebagai tanda ingatan untuk majlis perkahwinan saya.

2 hadiah yang telah kami terima pada 20 Julai ialah dari sahabat baik Zaid dan isterinya Adzra serta hadiah kedua dari Sumayyah@Princess adik perempuan Zaid yang kini menuntut di Korea Selatan. Terima kasih sekali lagi di atas ingatan

Update : 10 Julai 2008


Jutaan Terima Kasih kepada yang memberi hadiah selepas
Majlis Kenduri Kesyukuran perkahwinan saya dan isteri


D.Y.M.M Paduka Seri Sultan Perak dan Permaisuri
D.Y.M.M Raja Muda Perak dan Raja Puan Besar
Kak Jun Butik Shanlyn

Y.B Dr Lo’lo Ghazali
Persatuan India Muslim (PRIM)
Nor Shakiman Sekeluarga (Teknik Janakuasa Sdn Bhd) K.L



Jutaan Terima Kasih saya ucapkan kepada semua yang telah menjayakan Majlis Perkahwinan saya dan isteri di Ipoh dan Parit Buntar.

Jutaan terima kasih kepada semua saudara mara, kenalan yang telah hadir ke Majlis Kenduri & Jutaan terima kasih kami ucapkan kepada mereka yang telah memberi kenangan hadiah di Majlis Perkahwinan kami.


Hadiah-hadiah yang diberi akan kami simpan sebagai kenangan dari semua.

Ada juga hadiah-hadiah yang diberi tidak dinyatakan nama pemberi. Sama ada pemberi memang tak mahu di kenali atau terlupa nak tulis. Lebih kurang 31 hadiah tidak dinyatakan nama. Terima Kasih semua. Terima Kasih.. Terima Kasih.

Terima Kasih kepada pemberi-pemberi hadiah

Nurul Rizal Ab Rahim- Unit Amal
Nur Ain Abdul Halim
Ahmad Termizi Ahmad Mansor- Ketua Penerangan DMP Lumut
Ustaz Zawawi Mesir
Setiausaha Politik DUN Changkat Jong- Encik Azhar
Raja di Hilir Perak
Kesatuan Penghulu Penggawa Perak
Orang Besar Jajahan Kuala Kangsar
Mona Saliha Mak Moon
Muslimat Taman Melayu Jaya
Hajjah Zaimah
Abd Halim- Pengetua Institut Pertanian Titi Gantung
Megat Sany
PAS Kawasan Lenggong
Nisa’ Perak
Pengarah Pertanian Perak
Y.B Lee Boon Chye
Peter Lee
Saudara Abd Muneer bin Sanusi
Perak News Online
Mohsin And Teacher
PAS Kawasan Parit
Kak Long
Hasniza Hasnam
Ustaz Misbahul Munir- SETPOL MB
Ustaz Muhamad Hafizuddin Ishak
Rumah Pertanian Chenderong Balai
Ramadan JPN
Ahmad Farid Fadhli
Puan Zainab
Dato’ Mansor & Datin Ida
KEADILAN Kuala Kangsar
Sari Jamilah, Hafizah, Ainul Fahimah
Hamidun- Wakil DUN Pasir Panjang
Pegawai Daerah Hulu Perak
Y.B Nga Kor Ming
Uncle Lonny
Pegawai Daerah Hilir Perak
Jelutong Sawmill
Ustazah Marliza Marsam
Seketeriat Muslimat
Hamidah & Burhan
Zal & Keluarga
Pegawai Daerah Kerian
Maahd Islah (Ust Muhaimin Sulam)
Kak Ct Kubang Kerian
Ustaz Yunus Kubang Kerian
Aminah (Cikgu Jihad)
Leeya Al-Imam
Abu Bakar Lenggong
Cikgu Ariffin
Dato’ Abu Zar
Anak Menantu Pakcik Awang
Izmeer & Muhaimin
Chen
Dato Shafie
PAS Kawasan Beruas
Sekolah Al-Hidayah, Ipoh
Dato Lee Haw Hian
Suwaibatul Aslamiyah
Mohd Khairur Rosikhan
Shanmugam
Wanita PKR Negeri Perak
Muslimat PAS Tapah
K.P.P Teluk Intan
Chong Pengarah JKMN
PAS Tambun
Haliza Mustafa Seri Manjung
Dewan Muslimat PAS Perak
Pegawai Daerah Kinta
Dato’ Mohd Yusof
Muslimat Felcra Setiawan
Haji Ayub- Setiausaha Sultan Azlan
Tan Sri Tajuddin
Opah Nab
Titamie Marketing
Zainab Tapah Road
Pengarah Penjara Taiping
Ismail Yusof- PKR Perak
Muslimat Sungai Siput
Dato Mohd Nadzri
Nawal, Sabila, Muna, Kamilah, Huda – AII
Yayasan Perak
Zainuddin Jalil- Shah Alam
Warga Kerja
Nisa’ Bagan Serai
Datin Mariah- Isteri MB Perak ke-7
Geovital
Mak Uda
Nabilah
Pas Kawasan Tambun
Dewan Muslimat Kampar
PAS Kawasan Kampar
Uncle Anwar dan Auntie Raja Sarinah
Mak Dah
Zatil Hani
Elessia Pharmacy
Orang Kaya Seri Agar Di Raja Dato Ramli bin Ngah Talib
Raja Mahani- Isteri Raja DiHilir Perak
Yong Su Kian
Staf2 Kediaman Rasmi MB Perak
Dato Ir Wong Wai Ching
Ust Asmuni Alwi
Mimi Ezora


Pakcik Din & Isteri (Bandar Baru, Kedah)
Siti & Suami
Papa Tan, Mama Shimah Sekeluarga
Mak Lang Titi Serong
Kak Ani & Abg Ari
Abg Chop & Kak Liza
Dato Shokri & Datin
Hj Abd Razak Sekeluarga
Fadhlan & The Geng
Orang Besar Jajahan Kerian
Ahmad Saufiq
Profesor Nurazzah & Suami
Hj Abd Shahid & Isteri
Hussein Arab
Abah dan Nyanyah
Jamaliah & The Geng

31 pemberi hadiah tidak menyatakan nama

Kenapa Penghuni Sahara?

Persoalan ini aku terima dari rakan-rakan sejak aku berada di Jordan lagi dan sering ditanya oleh beberapa kenalan dan bloggers ketika chating atau beremel. Kenapa PENGHUNI SAHARA menjadi pilihan untuk tajuk blog yang aku tulis?

Blog ini lahir ketika aku berada di Jordan. Walaupun ketika itu aku sudah berada di Jordan bukan dengan status pelajar tetapi tujuan utama aku menulis blog ini adalah untuk menceritakan pengalaman pengembaraan aku dan maklumat sejarah lokasi-lokasi sejarah yang pernah aku jejaki di Timur Tengah.

PENGHUNI SAHARA aku pilih disebabkan nama pena ini telah lama aku guna sejak tahun 2001. Aku memilih nama tersebut sesuai dengan artikel-artikel yang aku ingin tulis tentang pengembaraan ke lokasi-lokasi sejarah di Timur Tengah yang lebih diketahui ramai dengan tanah yang gersang, padang pasir dan sahara sedangkan ia bukan sepenuhnya sebegitu.

Masa terus berlalu. Sebelum ini memang kerap aku menulis entry tentang pengembaraan dan maklumat lokasi sejarah yang pernah aku jejaki. Lama kelamaan semakin banyak entry aku masukan selain dari fokus kembara dan sejarah.

Ada juga sahabat yang memberi cadangan agar aku asingkan catatan pengembaraan dan diari hidup dalam blog berasingan. Namun aku 'berkeras hati' untuksatukan sahaja semua itu dalam satu laman blog. Rasanya itu yang terbaik bagi aku, dan mungkin ramai yang tidak bersetuju dengan aku?

Penghuni Sahara hanya sekadar nama pena yang banyak kenangan pada diri aku. Selepas aku kembali ke Malaysia ia bukan sahaja menceritakan pengalaman pengembaraanku di Timur Tengah tetapi semua catatan sejarah hidup aku, politik, ragam manusia, iklan trip pelancongan dan apa sahaja yang aku ingin tulis.

Saturday, July 5, 2008

Gambar Majlis Perkahwinan 21 & 22 Jun 2008

Update

Semasa Majlis Kenduri Perkahwinan di sebelah pihak lelaki tidak banyak gambar yang dapat pihak keluarga saya ambil. Memang amat mengejutkan kehadiran tetamu-tetamu yang begitu ramai dari jangkaan membuatkan saya dan isteri tidak sempat bergambar dengan keluarga sehinggalah selesai majlis.


Gambar-gambar yang ada dalam simpanan di ambil dari Kamera Papa Tan (Pak Sedara) dan Syakirah (Sepupu) manakala gambar-gambar dari kamera ayah tak banyak disebabkan adik yang bertanggungjawab menjaga kamera terpaksa membantu suasana yang amat sibuk. Apapun alhamdulillah masih ada gambar-gambar kenangan dapat disimpan.

Cuma saya berharap kepada saudara mara serta sahabat handai yang hadir masa kenduri di Titi Serong tempohari dan ada mengambil gambar suasana di majlis kenduri perkahwinan kami dapatlah menghantar gambar-gambar tersebut ke emel saya haziminsulaiman@yahoo.com. Terima kasih.

Cover makan

Tetamu-tetamu yang hadir

Ayah saya berbaju cream

Gambar di ambil selepas keletihan melayan tetamu
________________________________________________________________

Majlis Perkahwinan sebelah Perempuan 21 Jun 2008

Rombongan pengantin lelaki tiba di rumah pengantin perempuan pada jam 12.00 tengahari setelah semua ahli keluarga pengantin lelaki seramai 50 orang berkumpul di Masjid Negeri Ipoh

Bergambar Kenangan bersama Raja Dihilir Perak Raja Jaafar Raja Muda Musa dan Raja Puan Muda Perak Raja Nor Mahani Raja Shahar Shah sebelum Majlis Makan

Dari Kediaman ke Dewan Makan
Dari mula saya dan isteri berkeras untuk tidak diadakan Majlis Bersanding dan kami memilih pakaian pengantin yang sederhana bajetnya.

Majlis Makan di Dewan Utama kursus untuk saudara mara terdekat di kedua belah pihak dan kenalan rapat

Kumpulan Nasyid Shoutul Haq dari Sekolah Hidayah menyampaikan persembahan mereka sepanjang majlis makan di dewan utama

Memang penat habis melayan ribuan tetamu yang hadir

Mak Abah lagilah sibuk melayan tetamu

Hampir 6000 tetamu hadir. Terima kasih semua.

Friday, July 4, 2008

PROTES 2008


Maklumat dan Info Lanjut Layari www.protes2008.blogspot.com