Friday, June 4, 2010

Dhiban & Mesha Stele

Pekan kecil Dhiban di wilayah Madaba, Jordan

Dhiban sebuah kampung kecil terletak kira-kira 70km dari bandar Amman, 33km dari bandar Madaba dan 56km dari bandar Karak. Dahulunya ia dikenali dengan Dibon dan penganut kristian memanggilnya Divon.

Bandar Kuno Dhiban dipercayai wujud sejak zaman gangsa kira-kira 5000 tahun sebelum masihi. Penemuan artifak dari era Rum, Byzantium dan zaman kerajaan Islam membuktikan kerajaan-kerajaan tersebut pernah membina kuasa di Dhiban.

Bandar ini lebih terkenal dalam catatan sejarah apabila dikaitkan dengan kerajaan Moab yang menguasai bahagian Timur Laut Mati. Dhiban merupakan sebahagian dari wilayah kerajaan Moab. Moab merupakan kerajaan Bani Israel yang wujud sejak 1400 tahun sebelum masihi.

Di bandar Dhiban inilah Mesha Stele atau Moabite Stone telah ditemui pada tahun 1868 oleh mubaligh kristian dari Jerman Rev FA Klein.


Mesha Stele antaranya mengisahkan tentang pemerintah Moab iaitu King Mesha yang memerintah sekitar tahun 840 sebelum masihi. Batu bersurat itu mengandungi inkripsi dengan tulisan Moab (mirip kepada tulisan Ibri) sebanyak 34 baris.

Ia ditulis di atas batu berwarna hitam dari batuan gunung berapi (Basalt Stone). Saiz permukaan batu tersebut ialah 124cm x 71cm.

Antara isi penting batu bersurat tersebut ialah tentang bagaimana Moab ditindas oleh King Omri dan tentang kemenangan Mesha ke atas anak King Omri (tidak bernama) dan orang-orang Gad di kawasan Nebo, Ataroth dan Jehaz.


Mesha Stele asli kini ditempatkan di Muzium Louvre, Perancis dan replikanya boleh dilihat di Muzium Negara Jordan di Jabal Qal'ah.

Ancient Dibon

1 komen:

Que Achmad said...

Salam Lebaran. Alhamdulillah Abe sempat singgah & akan menjadi Sahabat Setia Blog ni, InsyaAllah... Abe singgah dari Blog Abe: www.queachmad.com

Abe masih baru lagi dalam Dunia Maya ni, harap jasabaik untuk support Abe, bantu Abe. Kalau tak keberatan, mohon pautkan Blog Abe di sini dalam Bloglist sini supaya dapat Abe sama2 berjuang MENCARI KEBENARAN KE JALAN ALLAH & MEMERIAHKAN DUNIA MAYA NI... Terima Kasih, Jasamu Dikenang... Jika ada rezeki Abe dipautkan ke Bloglist, harap dapat maklumkan pada Abe tentangnya, InsyaAllah..