Sunday, February 3, 2008

Jordan De Tours

Kenangan bersama peserta Jordan De Tour di Wadi Rum, South Jordan

Pada 22 Januari yang lepas, Badan Kebajikan Mahasiswa Negeri Sembilan Jordan (BKMNS) telah menganjurkan lawatan ke beberapa lokasi menarik di Jordan selama 3 hari. Program ini dinamakan Jordan De Tour dan disertai oleh 30 orang peserta dari Universiti Mu'tah, Al-albayt, Yarmouk dan JUST.

Pihak BKMNS telah berurusan dengan HZ Travel & Tours untuk mengendalikan lawatan ini.

Antara lokasi menarik yang telah di lawati selama 3 hari ialah Qasr Kharranah, Qasr Amrah, Gua Ashabul Kahfi, Mount Nebo, Petra, Wadi Rum dan Aqabah. Lawatan yang dianjurkan kali ini merangkumi lawatan di kawasan tengah dan selatan negara Jordan.

Pada hari pertama lawatan, salji turun dengan lebatnya di ibu negara Jordan. Padang pasir Jordan iaitu di kawasan Kharranah dan Amrah turut menerima salji yang lebat pada hari tersebut. Menurut penjaga lokasi sejarah Kharranah, salji tidak turun di kawasan tersebut sejak 20 tahun yang lalu. Hari kedua juga dimulakan dengan cuaca yang amat dingin dan Petra pada hari tersebut hujan. Hari terakhir cuaca di Selatan Jordan cerah dan aktiviti pengembaraan di Wadi Rum berjalan dengan lancar. Begitu juga di Aqabah keadaan cuaca cerah namun angin dingin musim sejuk terasa ketika hari hampir gelap.

Alhamdulillah, Jordan De Tours telah berakhir dengan jayanya.


Salji di Eastern Desert Jordan


Mount Nebo, Madaba

6 komen:

ryosukida said...

wuahhh...jealous2..dorg dpt wadi rum..kite ritu xsmpt pun masuk wadi tu,da banjir..memang ngidam giler nak p wadi rum..

silversarina said...

Bestnya..snow pulak tu kat Qasr Harranah, tak sangka padang pasir boleh snow..jelesnya :)

arsaili said...

besttt nya..apa kabar bro, moga sihat selalu

::alifdalmim:: said...

salam..

mmg entry ni ditunggu2..hehehe

apa pun tq ek sbb tlg kitaorg(BKMNS)...just nk tggu "Explore Race ke-2" plk lps nih...huhuhu

Jordan De Tour mmg best...tp last kene mkn syawarma...kuikuikui

Anonymous said...

salam faez..
teringat memori JJ06.. sian korang xdapat masuk Wadi Rum.. enshaAllah next tym bleh pegi ke sana..

___________

makcik ina,
mmg best sgt tym tue.. elok2 kami turun dr bus. salji serta merta turun ngan lebat.. kat area padang pasir lak tue.. sejuk sgt tym tue. ada juga peserta jordan de tours yang xtahan kesejukan..

Anonymous said...

arsaili,
alhamdulillah. saya sihat2 sahaja. bz ngan trip kt middle east nieh. dah balik australia?

________

adam,
teringat orang-orang somalia xcukup makan.. :D