Sesuatu yang menarik untuk saya kongsi bersama dalam entry kali ini. Gambaran untuk mereka yang belum pernah tiba di Amman, ibu negara Jordan. Mengamit semula memori untuk mereka yang pernah berkampung lama di bumi Jordan dan sesuatu yang boleh dilihat sendiri buat masa ini kepada mereka-mereka yang masih berada di bumi Jordan. Al-Urdun Awwalan.
Ia berkisar dengan satu kawasan yang dinamakan Wasatul Balad bermaksud pusat bandar atau ringkas dan mudahnya di sebut Balad- sentiasa menjadi tumpuan di bandar Amman. Ditempat ini tertumpu rakyat tempatan dan warga pelancong mengisi perut kerana terdapat restoran golongan untuk orang kebanyakkan- jimat dan sedap. Tempat ini menjadi tumpuan seharian penduduk di Amman membeli barang keperluan di Souq Khudr, Tempat ini menjadi tumpuan pada hari Jumaat masyarakat tempat mencari barangan terpakai yang berlonggok ditepi-tepi jalan dan semestinya tempat ini menjadi tumpuan warga Malaysia di Jordan 'membundle' pakaian terpakai dan akhwatnya sentiasa 'berkampung' di tempat ini sebelum pulang ke tanahair.
Bagi mereka yang belum pernah melihatnya, usahlah dibayangkan pusat bandar itu seperti Bukit Bintang atau Persiaran Gurney di Penang. Pusat bandar secara realitinya di Amman adalah satu kawasan lama yang menjadi tumpuan golongan marhaen di Jordan untuk membeli keperluan harian dan rata-ratanya harga barang di Balad jauh lebih murah berbanding kawasan elit lain seperti Abdoun, Jabal Hussein, Sweifiyah dan lain-lain di ibu kota Amman.
Gambar-gambar di bawah saya kongsi bersama pembaca dan untuk sahabat-sahabat seperjuangan yang pernah belajar di Jordan ia sudah pasti mengembalikan kenangan tentang Balad yang selalu korang semua pergi dulu.
Mereka-mereka yang datang dari arah Selatan Jordan mesti melalui jalan ini untuk ke Balad terutama bagi mereka yang menaiki Serfeece Wehdat ke Balad. (Alah! Serfeece yang terpaksa beratur panjang itu sambil menyumpah arab yang tak mahu beratur). Dari bukit Ashrafiyah ini sudah nampak Balad yang kiri kanannya di apit Jabal Akhdar dan Jabal Webdah.
Simpang Muhajirin dan Ras 'Ain yang arah kirinnya ke Balad terkenal kepada kepada mereka yang suka makan Sandwich kepala kambing. Kerna kat situ ada Mat'am Abu Musa.
Shariq Syagaf Sil. Jalan utama masuk ke Balad dari arah Selatan
Ia berkisar dengan satu kawasan yang dinamakan Wasatul Balad bermaksud pusat bandar atau ringkas dan mudahnya di sebut Balad- sentiasa menjadi tumpuan di bandar Amman. Ditempat ini tertumpu rakyat tempatan dan warga pelancong mengisi perut kerana terdapat restoran golongan untuk orang kebanyakkan- jimat dan sedap. Tempat ini menjadi tumpuan seharian penduduk di Amman membeli barang keperluan di Souq Khudr, Tempat ini menjadi tumpuan pada hari Jumaat masyarakat tempat mencari barangan terpakai yang berlonggok ditepi-tepi jalan dan semestinya tempat ini menjadi tumpuan warga Malaysia di Jordan 'membundle' pakaian terpakai dan akhwatnya sentiasa 'berkampung' di tempat ini sebelum pulang ke tanahair.
Bagi mereka yang belum pernah melihatnya, usahlah dibayangkan pusat bandar itu seperti Bukit Bintang atau Persiaran Gurney di Penang. Pusat bandar secara realitinya di Amman adalah satu kawasan lama yang menjadi tumpuan golongan marhaen di Jordan untuk membeli keperluan harian dan rata-ratanya harga barang di Balad jauh lebih murah berbanding kawasan elit lain seperti Abdoun, Jabal Hussein, Sweifiyah dan lain-lain di ibu kota Amman.
Gambar-gambar di bawah saya kongsi bersama pembaca dan untuk sahabat-sahabat seperjuangan yang pernah belajar di Jordan ia sudah pasti mengembalikan kenangan tentang Balad yang selalu korang semua pergi dulu.
(Soalan ini boleh dijawab oleh student2 Jordan dan ex-student2 Jordan)
15 komen:
gmin...
kedai koktail tak ambik ker??...adeiii...aku kepingin koktail balad...
tapi...tak leh celen aaa koktail suri...
aduh. mmg masa menulis dok bayang dah kedai koktail lubnani tue sekali juga dengan kinafah habibah. cari2 tarak pula gambar kedai tuh!.. sebut koktail teringat seorang kawan kita baham 3 gelas sekaligus..
kedai koktail tue sekrang dah maju. udah dibesokannya..
org yg dok kt joden pon terliuqqqq2 tgk gmba2 tuh..aduss...da lame nih x g amman...
asma',
dulu kami dr muktah semata2 pegi Balad nak makan sup kepala kambing.
sup kepala kambing lagi
haissshhh
aku xboleh jalan dgn supp ni
pinar-pinar dibuatnya
apapun, kebab balad irbid yg terbaik pernah jumpa
sedap dan murah
mencanak-canak dibuatnya yob
salam muneer,
aku pernah dgr ttg kesedapan kebab balad irbid tue. mula sampai jordan 2000 aku penah makan kebab balad jual tepi jalan kat dgn duwar hotel abu bakar. tp xtaulah tempat itu ke idak yg ko maksudkan.
Kebab paling terkenal di Syam adalah di Halab. Pelbagai jenis. Halab Syurga makanan yang sedap2. Bak kata satu kata-kata arab yang mengaitkan keistimewaan tempat2 di Syria berbunyi:
As-Syam (Dimasqh) Mayyaata
Halab Aklaata
Homs Banaata
Syam (Dimasqh) dengan airnya yang mewah. Penuh mata air di Dimasyq menjadikan ia sangat subur seperti mata air fiji, bouqein, zabdani yang dialirkan oleh sungai barada ke dimasq.
Halab dengan makanannya. mungkin kerana campuran arab dan kurdi di Halab menjadikan masakan mereka sikit berlainan. pergi halab jangan lupa kebab halab. cari yang jual tepi jalan waktu malam.
Homs dengan perempuannya. katanya bandar Homs memiliki perempuan2 yang cantik berbanding kawasan lain. Ini aku taknak komen. Haha!
insyaALLAh khair
mungkin kena buat kunjungan ke halab sekali lagi
dah 2-3 kali pg halab tapi tak sempat nak discover habis
setakat dpt layan dia punya asir asli yg mmg best
pasal homs kena ziarah juga ni
tak pernah pergi homs
setakat berhenti dia punya bus station pernah lah
ok , salamat
da pegi Homs rituh..yg ade istana tuh..qal'ah pe ek..xigt..kui3...cam bese2 je pompuan2 die..har3
adoiii aii..
rindu gler ngn Balad jordan ni..terkeluar air liur dibuat tgk gmbr2 tuh...
tak pernah mkn kt tmpt len kalo g balad..asyik singgah mat'am qaherah jer..superb!!
salam
asma',
cantik tu kan subjektif.
adam,
patut tukar nama Mat'am Cairo ke Mat'am Soromban.
bukan Mat'am Soromban la..Mat'am Titi Lurus..eh, Serong.. ;p
aduih... teringat masa makan kepala kambing dgn majid time soifi kt Quds, keluar mat'am terus black out!!! hehe
ape pun;
setiap kegembiraan pasti menjadi kenangan...
setiap keperitan juga pasti menjadi kenangan...
dalam kenangan;
Teratak Mutiara
kenangan pahit manis terutama masa zaman2 bujang di jordan mmg sukar dilupakan.
aku tingat kita pi jalan petra kemudian ke aqabah sx dgn wan.
assalamualaikum ust!
ade beza ke balad yg berdekatan dengan masjid hussein dgn balad abdali?
pastu, balad yang berdekatan dgn masjid hussein tu wasatol balad lah kan?
-dah 3 thun dok joden pun x tahu lagi (_ _!)
Syukran ust~
kalau dari bab shimali jauh x balad tu?
Post a Comment