Wednesday, June 20, 2007

xpdc Turkey- episod III

Sariyalan, Bursa

Selasa 12 Jun- Istanbul ke Bursa
1.30 petang baru dapat bergerak dari Istanbul ke Bursa. Buang masa setengah hari di Istanbul. Masalah bas nak ke kawasan SultanAhmet telah menyebabkan masa terbuang begitu sahaja. Perjalanan dari Istanbul terus ke pekan kecil Ekihisar dan dari situ kami menaiki feri ke Topcular di sebarang laut marmara.

Sebelum berlepas ke Topcular semua peserta terlebih dahulu lunch di Ekihisar. Rata-rata dari peserta lelaki pekena sandwich kebab (daging) yang disifatkan oleh Muneer antara makanan di Turki yang paling sedap dia pernah makan. Sejam jugak ambil masa di Ekihisar untuk semua selesai makan.

Cadangan awalnya nak beli dan makan atas feri. Tapi memandangkan semua dah lapar, siap sahaja sandwich terus 'bantai' kat situ juga. Aku pun begitu jugak la..hehe. Kecuali Hadi yang masih setia untuk makan atas feri. Sebab tu bila naik sahaja feri mula-mula memang tak nampak Hadi. Sure time tue dia ada kat port baik punya 'layan' sandwichnya.

Kami bergerak ke Topcular sekitar Jam 4.00 petang. Bas dikenakan bayaran 75 YTL. Dari Topcular kami terus ke Yalova dan tiba di Bursa sekitar jam 7 malam. Kami solat Jamak Takhir di Masjid EmirSultan. Menurut penduduk tempatan, masjid tersebut diberi nama bersempena nama sahabat nabi yang dikenali sebagai Emir Bukhari (tidak pasti kesahihannya). Makam Emir Bukhari terletak di dalam masjid tersebut.


'Tragedi' 12 Jun :)
1. Abu Uday kena saman sebab 'langgar' laluan Tol Automatik. Kena saman 275 YTL..

2. Peserta dapat hotel macam 'ghost house' hehe
.

Rabu 13 Jun

Pagi hari di Bursa kami telah menaiki Teleferik Cable Car menuju ke Uludag (Great Mountain). Tiba di Perhentian Teleferik Bursa, pengunjung punyala ramai. Dalam hati aku cakap sure 2-3 jam gak ni baru dapat naik ke atas. Setelah beli tiket dengan nilai 5YTL setiap seorang semua geng xpdc beratur di laluan untuk masuk ke Cable Car. Sejam setengah amik masa untuk kumpulan pertama xpdc (lelaki) naik ke perhentian pertama setinggi 1640m di Kadiyayla.

Setelah semua berkumpul di Kadiyayla masing-masing ada aktiviti tersendiri. Aku menuju ke sebuah aliran paip air mineral untuk menikmati kesegaran air mineral bukit disitu. Sahabat-sahabat lain ada yang bermain bola, ada yang berlari-lari, ada yang melompat-lompat, ada yang naik kuda, ada yang gi camping makan-makan sekali ngan makcik-makcik Turki, ada yang bersendiri di area hutan pine, macam-macam kerenah ada.

Hampir sejam di Kadiyayla kami bergerak menuju ke Sariyalan iaitu perhentian terakhir kami di puncak Uludag setinggi 19++m. Di Sariyalan semua pakat dok shopping beli souvenir. Lama jugaklah geng xpdc ambil masa kat sini. Setelah selesai membeli souvenir, ramai dari geng xpdc bergambar kenangan dengan latarbelakang pokok-pokok pine yang mengkagumkan.


Pemandangan bandar Bursa dari atas Cable Car
Bursa merupakan bandar kerajaan Turki Uthmaniah telah diasaskan



Kenangan di Kadiyayla, near Uludag, Bursa

3.00 petang.
Baru semua dapat berkumpul untuk turun semula ke Bursa. 4.30 petang kami tiba di Yesil Camii (Yesil bermaksud hijau). Masjid hijau dibina dengan kombinasi binaan Seljuq dan Iran. Kehalusan seni mozek dan ukiran di dalam masjid ini amat menakjubkan. Ramai juga pelancong-pelancong bukan Islam datang ke masjid ini untuk melihat kesan tinggalan yang hebat tersebut. Selepas menziarahi Yesil Camii semua peserta berjalan kaki menuju ke Heykel iaitu pusat bandar Bursa. Berdekatan Heykel terdapat kompleks dan masjid Orhan Ghazi, Kozahan (Pasar Sutera), Ulu Camii Bursa dan Grand Bazaar Bursa.

Masjid Orhan Ghazi telah dibina pada tahun 1339. Orhan Ghazi merupakan pemerintah kerajaan Turki Uthamaniah kedua selepas Osman Ghazi. Makam kedua-dua pemerintah awal Uthmaniah ini terletak di sebuah kawasan bernama Tophane di bandar Bursa. Namun kedua-dua makam tidak dapat diziarahi kerana kesuntukan masa.

Ulu Camii Bursa pula merupakan masjid terbesar di Bursa yang dibina pada tahun 1399. Masjid ini dikukuhkan dengan 12 tiang utama dengan bahagian mimbarnya kini sedang dibaiki (pemuliharaan). Dibahagian tengah masjid dihiasi dengan air pancut yang memberikan lagi keindahan dan ketenangan dalam masjid.

Kozahan pula merupakan pasar sutera sejak tahun 1491 lagi. Bangunan Kozahan yang kekal ada sehingga ke hari ini telah dibina oleh Sultan Beyazit II. Ketika perdagangan sutera dari China melalui Silk Road, pedagang akan terus melalui jalan Karavanserai dan berakhir di Bursa. Jadi Bursa merupakan tempat terakhir perhentian perdagangan sutera dari China suatu ketika dahulu.

Jam 8.00 malam bas bergerak untuk menuju ke Adana sejauh 900km. Perjalanan malam tue membuatkan aku cukup letih sebab terpaksa berjaga untuk jadi penunjuk jalan. Kalau aku tertido, sesatlah bas.

Malam tue bas melalui jalan lama untuk ke Ankara. Bus melalui Inegol ke Eskisehir ke Polatli dan terus ke Ankara dari Ankara menuju ke Aksaray-Pozanti dan terus ke Adana. Kami semua berhenti solat di Aksaray dan sempat lelap sekejap di masjid.
Ketika sampai di Adana, aku kena berhati-hati pada ketika itu melihat signboard untuk masuk ke Adana. Jika tersilap susur keluar, ia akan melambatkan lagi perjalanan ke lokasi sejarah pertama yang ingin dilawati pagi itu.

Ini adalah kerana untuk masuk ke Adana ia terdapat 3 susur keluar iaitu Adana Bati, Adana Kuzey dan Adana Dogu. Adana merupakan bandar keempat terbesar di Turki dan terbahagi kepada Utara, Timur dan Barat. Kuzey bermaksud utara, Bati bermaksud Barat dan Dogu bermaksud Timur. Pagi itu bas mesti keluar ke Adana Kuzey untuk menuju ke Pusat Bandar Adana yang menempatkan kesan sejarah yang kami perlu ziarah pagi hari tersebut.

Di awal perjalanan dari Bursa ke Ankara, aku dan Zaid adakan sedikit slot kuiz di dalam bas dengan menyediakan hadiah berupa coklat Ulker untuk 12 orang pemenang. Sememangnya kuiz malam itu dikuasai oleh pelajar perempuan.. Sememangnya mereka ingat kuat fakta atau mereka cukup rajin menulis maklumat-maklumat tempat lawatan dari penerangan yang aku dah buat dan hasil bacaan mereka.

Sehingga soalan fakta seperti Bilakah tahun masjid Orhan Gazi dibina. Boleh jawab dengan tepat (1339).

Peserta lelaki pun tak kurang hebatnya. Terutamanya soalan-soalan yang bertanyakan tentang bahasa turki. Apapun tahniah untuk semua. Bila dapat jawab soalan-soalan kuiz tue tanda korang semua nak pengetahuan dan ilmu dalam rehlah. Bila ditanya, boleh dan mudah menjawab. Mabruk!

Khamis 14 Jun
Pagi yang meletihkan (tambah dengan cuaca panas). Kami menghabiskan separuh hari di Adana. Tempat yang telah diziarahi ialah Roman Stone Bridge, Ulu Camii Adana yang telah dibina oleh RamazanOglu, Madrasah RamazanOglu, Yag Camii dan Great Clock Adana.

Mimbar di Ulu Camii Adana. Menggabungjalinkan senibina
Mamluke dan Turkish-Ottoman

Ulu Camii Adana
Menggabungjalinkan senibina Mamluke, Seljuq dan Uthamaniah. Mula dibina oleh RamazanOglu Halil Bey pada 1513 dan siap dibina ketika zaman Pili Mehmet Pasa. Masjid ini merupakan binaan bangunan tertua di Adana.

Ketika gempa bumi pada 27 Jun 1998, masjid ini telah mengalami kerosakkan dan telah dibaiki semula. Di dalam masjid ini terdapat beberapa makam Sultan/Gabenor Adana yang ditempatkan di dalam bilik bawah tanah. Mereka ialah RamazanOglu, HalilBey, Pili Mehmet Pasa dan MustafaBey

Roman Stone Bridge
Titi batu yang merentasi Sungai Seyhan ini telah dibina oleh Hadrian (76-138M) dan dibaiki oleh Maharaja Justinian ketika era Byzantium.

Madrasah RamazanOglu
Terletak bersebelahan Ulu Camii. Ia juga merupakan kompleks Ulu Camii. Menempatkan bilik-bilik darjah untuk pengajian Islam dan terdapat tempat mengambil wuduk berhadapan pintu masuk madrasah.

Great Clock Adana
Dibina pada tahun 1881.

Yag Camii
Dibina pada tahun 1501.

Setelah selesai ziarah di Adana, kami sarapan Tavuk Doner di restoren berhampiran Yag Camii yang disifatkan oleh peserta xpdc syabab antara sarapan yang paling sedap.. (ntah betoi ke muja). Setelah selesai makan, semua bergerak menuju ke bas yang jaraknya 1km dari restoran tempat kami sarapan.

Kami tiba di Antakya lewat petang tersebut disebabkan hal kat bawah nih...
1. Bas tukar minyak hitam di Adana.
2. Abu Uday terlajak nak pegi ke Gaziantep. Terlepas susur keluar highway nak ke Antakya. Dia terlajak ke Osmanli sehingga nak sampai di Nur Dagi. Hampir 120km juga. Yang 'menariknya' highway ada U-turn. (Bagusla..kalau tak jenuh nak sampai susur keluar lain dan patah balik semula). Disebabkan dia terlajak, dia kerugian disel hampir 80 YTL.

6.00 petang tiba di Antakya dan terus check-in hotel (Hotel Saray) yang terletak betul-betul di tengah pusat bandar Antakya. Bersebelahan Ulu Camii. Petang itu aktiviti bebas. Ada peserta sudah berjalan-jalan di pekan Antakya petang itu dan ada sebahagian peserta syabab menuju ke Harbiye untuk mandi air terjun. Perjalanan Antakya ke Harbiye menaiki Dolmus (van awam) memakan masa setengah jam juga (hanya peserta yang pergi tahu kisah seterusnya, orang lain tak boleh tahu..hehe).

Malam tue semua peserta dinner Lahmacun. (Roti dengan daging dikisar) Kemudian di panaskan di dalam oven). Sebelum tue ramai dah yang pekena nasi kat bandar Antakya.

Jumaat 15 Jun

Pagi di Antakya kami ziarahi Makam Habibinajjar (kisah Ashabul Qaryah di dalam Surah Yassin mulai ayat 13 hingga 28). Ringkas kisah di dalam ayat tersebut bagaimana dikisahkan di dalam Al-Quran bahawa 2 orang rasul diutuskan ke sebuah kampung lalu mereka mendustakannya. Kemudian dikuatkan (2 rasul tersebut) dengan rasul ketiga dan mereka tetap mendustakannya.

Mereka mengatakan bahawa rasul-rasul yang dihantar juga adalah sama seperti mereka dan mengatakan bahawa rasul yang diutus hanyalah berdusta. Ketikamana rasul-rasul itu diancam, datanglah seorang lelaki dari hujung bandar dengan berlari dan memberi nasihat kepada kaumnya agar mengikuti ajaran rasul yang telah diutuskan.

Mereka tetap tidak mahu menerima ajaran rasul-rasul tersebut. Lalu Allah telah menghapuskan mereka sepertimana Firmannya di dalam ayat 28 yang bermaksud:

" (Kebinasaan mereka) hanyalah dilakukan dengan satu pekikan (yang dashyat), maka dengan serta merta mereka semuanya senyap sepi- tidak hidup lagi".

Kami juga menziarahi Makam Nabi Yahya dan Nabi Yunus a.s di masjid yang sama. Setelah itu kami melawat Ulu Camii Antakya dan mengakhiri lawatan di Antakya pagi itu sekaligus menamatkan lawatan untuk xpdc Turkey pada kali ini.

11.00 pagi
Bas bergerak menuju ke Cilvegozu. Urusan Cop keluar negara Turki amat mudah. Cuma peserta terpaksa makan asap lori disebabkan pusat imigresen Cilvegozu masih dalam pembinaan dan pejabat sementara ialah sebuah kaunter yang terletak di tengah-tengah jalan keluar masuk.

Apapun urusan tetap cepat dan lancar di Imigresen Turki. Masalahnya masih pada bas..xtahulah apa problemnya lagi yang menyebabkan tersangkut di pintu keluar Turki untuk masuk ke Bab Al-Hawa (Border Syria) hampir 1 jam setengah.

Sebelum itu kami solat Jumaat di Masjid Cilvegozu yang dibina pada tahun 1980. (Terpaksa solat disitu kerana tunggu pejabat untuk urusan cop keluar bas tutup. Buka selepas solat Jumaat. Tapi yang peliknya, pejabat tu tutup 2 jam sebelum azan zohor tengahari tue. Urusan di sempadan Syria agak lancar dan kami selamat masuk ke Syria jam 4.00 petang.

Ke Halab atau terus ke Hama..
Setelah tiba di Bab Hawa, Zaid memberitahu Abu Udai bahawa peserta semua nak ke Halab. Apa lagi, mengamuklah orang tua tue. Sudahlah lewat. Jam 4.00 petang. kalau ke Halab dari Bab Hawa makan masa 40 minit. Duduk di Halab 2 jam sudah pukul 7 malam. Halab ke Dimasyq 4 jam.

Dimasyq ke Sempadan Syria-Jordan 1 jam 15 minit. Urusan di sempadan mahu makan masa 2-3jam. Dari Border ke Amman sejam dan Amman ke Irbid sejam...hitung-hitung dalam 4.00 pagi sampai di Amman..(mana tak mengamuk orang tua tu mintak ke Halab).

Kalau tak pergi Halab sure boleh sampai dalam jam 1 pagi di Amman. Apapun aku dan Zaid tetap berkeras nak ke Halab petang tue sebab taukey syarikat bas dah janji untuk beri satu lokasi lawatan sebagai hadiah untuk kami. Abu Udai berkeras tak nak pergi.

Kebetulan aku ada simkad Areeba (Line Syria) terus aku call Abu Qusay (Tauke Syarikat Bas) di Jordan dan minta sangat dapat ke Halab dan minta dia cakap dengan Abu Udai. Akhirnya Abu Udai terpaksa akur. Bos syarikat mintak bawa kami ke Halab. Aku dan zaid gembira. Abu Udai cukup marah tapi terpaksa redha

Kami sampai di Halab jam 5.30 petang, Perjanjian hanya 1 jam 30 minit di Halab. Hari tue Jumaat, tempat-tempat shopping semua tutup. So, semua peserta ke Bab Faraj untuk makan sahaja..(dalam hati aku: kalau tahu begini jadinya..baik xpayah ke Halab). Apapun semua Allah dah aturkan, sebelum 7.00 malam semua peserta lelaki sudah ada di bas. Tapi aku ngan Zaid terpaksa tunggu peserta akhwat yang selesai lewat makan.

7.20 kami sampai di bas. Abu Udai dah hot. Berlaku sedikit pertengkaran antara Abu Udai dan Zaid. Namun dapat disejukkan cepat. Sejak aku bersahabat dengan Zaid, jarang sungguh aku tengok Zaid marah. Boleh kata kali pertama depan mata aku Zaid 'naik hot' dan bertengkar ngan Abu Udai. Maybe dah tensen sangat ngan perangai Abu Udai. Aku pun hot sangat dengan perangai dia, takut naik kaki saja.! Papepun petang tue aku cuba sabarkan diri banyak-banyak. Alhamdulillah Allah berikan nikmatnya itu.

Sepanjang perjalanan ke Dimasyq aku tak boleh lelap. Sekali lelap masuk ke jalan lain pulak. Kekadang sahaja bila sampai jalan lurus tanpa perlu ke kiri ke kanan aku curi-curi lelap sekejap.

Kami selamat sampai Dimasyq jam 12.00 malam. Bas terus bergerak menuju Naseeb di sempadan Syria-Jordan. Abu Udai berhenti rehat di Kiswah untuk isi minyak dan membeli makanan ringan. 1.30 pagi Tiba di Border Syria. Urusan amat pantas di Syria. Begitu juga di Jordan. 3.00 pagi semua urusan selesai. Peserta solat Jamak Takhir di Masjid Imigresen Jaaber..

Sabtu 16 Jun

4.30 pagi : Tiba di Amman

5.30 pagi : Tiba di Irbid


Alhamdulillah..akhirnya xpdc Turkey dapat berjalan dengan baik. Aku berharap semua peserta dapat menimba pengalaman dan ilmu sepanjang rehlah yang telah berlalu. Itulah target utama rehlah diadakan. Kita berjalan, kita menambah thaqofah dan ilmu, iman boleh ditingkatkan.

Aku berharap semua peserta dapat memaafkan kesalahan aku sepanjang bersama mereka di bumi Turki. Bukan senang nak senang.


Tuesday, June 19, 2007

xpdc Turkey- episod II

Mavi Guesthouse. Tempat penginapan kami
selama 3 hari 2 malam di Istanbul

Ahad 10 Jun
Tiba di Istanbul pada jam 8.30 pagi. Semua peserta xpdc kelihatan ceria walaupun agak keletihan. Tambahan pula tempat parking bas agak jauh dari kawasan Sultan Ahmet. Semua terpaksa menapak menuju ke kawasan Sultan Ahmet yang menempatkan Masjid Biru, Aya Sofya dan Topkapi Museum.

Masjid Biru yang tiada tolok bandingnya telah dibina oleh Mehmet Aga dengan kehebatan senibina yang cukup menakjubkan. Ruang solat masjid yang begitu luas dan masjid ini mempunyai 260 buah tingkap dengan 6 tiang menara.

Aya Sofya pula merupakan gereja Justinian yang telah ditukarkan menjadi masjid oleh Huseyn Aga sekitar tahun 1500 dan kini telah dijadikan muzium.

Setelah selesai melawat Topkapi Muzium, para peserta xpdc melepak di Gulhane Park sambil makan jagung bakar. (Boring tunggu bas untuk ke hotel). Selepas check-in di Mavi Guesthouse, semua bersiap untuk ke Eminonue. Di Eminonue peserta xpdc menikmati kesedapan sandwich ikan sambil menunggu feri untuk ke Kadakoy.

Feri melalui selat Bosphorus menuju ke Haydarpasa dan terus ke Kadakoy. Semua bergambar kenangan di monumen Attaturk di Kadakoy dan seterusnya menaiki minibus dari Kadakoy menuju ke Taksim. Kadakoy merupakan bandar di Istanbul Asia dan Taksim berada di dalam Istanbul Eropah.


** Ada kisah lucu kat Kadakoy. Dalam perjalanan nak ke Minibus untuk ke Taksim di pertengahan jalan ada penjual kupah/lokan yang di dalamnya telah dimasukkan nasi. Si Zaid berhenti di tempat tersebut dan mamat turki tue pun bagila rasa kupah+nasi tue. Kemudian datanglah peserta lain berhenti di tempat tue (jakun semua tengok kupah tue barangkali). Kemudian ada gakla nak merasa 'menatang' tue. Pehtue semua pakat blah. Laju-laju lak langkah tue.........



Bergambar kenangan di Sultanahmet Park. Berhadapan
Blue Mosque dan Aya Sofya


Haydarpasa. Stesyen keretapi lama di akhir zaman
pemerintahan Turki Uthamaniah. Feri dari Eminonue berhenti di sini
sebelum bertolak ke Kadakoy


Kenangan di Kadakoy

Isnin 11 Jun
Pagi hari kedua di Istanbul membawa semua peserta menziarahi Makam Sultan Ahmet, Hippodrome, Makam Sultan Mahmud, Sulaymaniye Camii, Eminonue Yeni Camii, Dolmabahce Palace dan membeli belah di Kapili Carsi. (banyak gakla tengok bebudak ni shopping). Aku ngan zaid tidak membeli pada hari tue. Kami lepak di masjid Nurosmanli dengan menikmati kesegaran buah ceri (5YTL sekilo). Kemudian aku lepak dan tidur di dalam masjid Nurosmanli sehingga azan zohor.

Sejarah lokasi sejarah yang telah dilawati

1. Makam Sultan Ahmet.
Terletak berhampiran Masjid Biru beliau meninggal dunia dalam usia yang muda iaitu ketika berumur 27 tahun. Di makam tersebut turut ditempatkan lagi makam beberapa lagi pemerintah era Uthamaniah.


2. Sulaymaniye Camii
Terletak berhampiran Beyazit. 300 meter dari Grand Bazaar Istanbul. Masjid ini turut menempatkan Makam Sultan Sulaiman. Sultan Sulaiman terkenal dengan kekayaan, kehebatan sebagai panglima sehingga beliau pernah digelar Sulaiman The Magnificent.

Beliau lahir pada 1520 dan wafat pada 1566. Masjid ini merupakan hasil tangan arkitek terkenal iaitu Mimar Sinan yang turut membina Masjid Selimiye di bandar Edirne.


3. Eminonue Yeni Camii
Salah satu masjid yang berusia 400 tahun di Istanbul di panggil masjid baru (Yeni bermaksud baru). Terletak berhampiran Golden Horn dan berdekatan Jambatan Galata yang menghubungkan Karakoy dan Eminonue. Dibina sejak tahun 1597 dan siap pada 1663 selepas 6 zaman sultan berlalu.

4. Dolmabahce Palace
Istana ini siap dibina pada 1856. Terletak berhampiran Kabatas dan merupakan Istana yang menggabungkan ciri-ciri binaan Uthamaniah dan Eropah. Sultan Abdul Majid telah memerintahkan 2 orang arkitek untuk membina istana ini iaitu Nikogos dan Garabed Balyan. Binaan istana ini sangat hebat. Penjahanam sistem khilafah yang juga anjing yahudi Mustafa Kamal Attaturk telah mati di istana ini pada 10 November 1938.

5. Hippodrome
Terletak berhampiran Masjid Biru. Merupakan pusat kerajaan Byzantium ketika era pemerintahannya. Terdapat dua tiang yang dikenali sebagai obelisk di datarannya. ketika era Uthamniah, kawasan ini turut dijadikan pusat dan medan aktiviti. Ketika ini dikenali sebagai Atmeydani.

Masjid Sultan Sulaiman berdekatan Beyazit

Kawasan Hippodrome

Selasa 12 Jun
9 pagi semua peserta telah berkumpul untuk breakfast di Mavi Guesthouse. Program pagi itu bebas dan terdapat peserta yang ingin melawat Aya Sofya. 6 orang peserta melawat Aya Sofya untuk melihat kehebatan binaan Justinian yang pada asalnya adalah gereja kemudian ditukarkan menjadi masjid ketika era Islam.

Peserta lain ada yang menaiki kereta kuda di sekitar Sultanahmet. Rata-rata peserta membeli souvenir berupa poskad dan replika mini lokasi sejarah Istanbul. 12.00 tengahari semua peserta sudah berkumpul dengan beg masing-masing di tepi jalan untuk menunggu bas tiba.

Bas problem nak masuk ke kawasan hotel kerana jalan agak sesak. Akhirnya jam 1.20 baru bas sampai. Itupun hanya dapat parking di kawasan parking bas Aya Sofya. Semua peserta terpaksa menapak dalam 300m dengan barang-barang yang banyak (setelah banyak shopping)


Bergerak meninggalkan Istanbul..
1.40 petang bas mula meninggalkan Istanbul melalui Gulhane ke Sirkeci ke Eminonue menaiki jambatan Galata ke Karakoy terus ke Levent dan mengambil jalan utama Istanbul-Ankara untuk menuju ke Bursa. Kami melintas jambatan Bosphorus yang memisahkan Istanbul Asia dan Eropah. Bas terus bergerak meninggalkan tanah Istanbul yang sudah kami pahat seribu kenangan padanya.

Selat Bosphorus yang memisahkan Asia dan Eropah

Breakfast di Mavi Guesthouse. Bah kata ayahanda Ustaz Zaim.
Sarapan simple tapi best. Ada juga yang komplen asyik sarapan
yang sama setiap hari.


Amir, Engku dan Syahidin bergambar kenangan bersama
penjual buah berdekatan Sulaimaniye


Kenangan di Topkapi Museum. Dari kiri Zaid, Adam dan Syahidin

xpdc Turkey- episod I


6.15 petang, 7 Jun 2007
Semua peserta XPDC Turkey telah berkumpul di Shariq Jamiah Urduniah
Amman. Perasaan aku petang itu berbaur rasa gembira dan rasa gementar. Gembira kerana aku berpeluang membawa sahabat-sahabat, adik-adik pelajar untuk menjelajah beberapa bandar di Turki tetapi gementar kerana aku mempunyai amanah yang sangat besar untuk menyelesaikan misi tersebut.

Petang itu aku seperti kehilangan 'sebelah kaki' kerana sahabat baikku Zaid tidak dapat
menyertai xpdc seawal hari pertama kerana perlu menyelesaikan beberapa urusan di Malaysia. Namun aku kuatkan semangat untuk mengepalai 'team kembara' ke Turkey yang disertai seramai 25 orang pelajar dan seorang pegawai Diplomat. Selepas solat Jamak Takhir di Jami' Jamiah Urduniah, aku berdoa agar xpdc yang bakal berjalan selama 9 hari berlangsung dengan jayanya.

Berkenalan dengan manusia paling penting untuk 9 hari.

7.00 petang bas Mercedez Benz Model 2006 mula bergerak meninggalkan Amman. Di sini
perkenalan pertama aku dengan Sameer dengan panggilannya Abu Udai. Pemandu bas yang bertanggungjawab menentukan lancar atau tidak xpdc ke Turkey kali ini.

Jika perangainya
'sporting', mudah berbincang, tidak cepat marah, tahu selok belok jalan- pasti xpdc akan berjalan dengan baik. Jika sebaliknya, banyaklah aku kena 'berpantun' dengan pak arab nih dan pak turki nanti.

Sameer turut membawa anaknya Udai sebagai pembantunya. Walhal bagi aku, dari
mula lagi aku dah anggap dia hanya 'menyemakkan' bas sahaja.

Bermulalah kisah pengembaraan aku dan sahabat-sahabat lain ke Turki..


6.00 pagi 8 Jun
Kami tiba di Bab Hawa iaitu pusat Imigresen negara Syria untuk ke sempadan
negara Turki di Cilvegozu. Urusan di Border Bab Al-Hawa cukup lembab. Sungguh menyakitkan hati. Pegawai berbintang 3 yang 'cuba' menyelesaikan pasport kami sebanyak 27 buah tu mengambil masa 2 jam dengan keadaan kaunter tidaklah sibuk. Hanya pasport kami yang ada pada ketika itu.

Apapun sabarlah time tue. Nak buat camana. Cuma aku dok bayangkan kalau ada 5
bas kat situ, dengan setiap satu bas ada 30 orang, sudah 150 orang. Kemudian untuk setiap bas dia ambil masa 2 jam untuk siapkan dan bas aku kena giliran yang terakhir. Bukan ke 10 jam aku dengan yang lain terpaksa menunggu?

Urusan di Cilvegozu (Imigresen Turki) tersusun dan pantas. Kurang dari 30 minit semua pasport sudah bercop masuk ke negara Turki. Alhamdulillah. Aku membayangkan pada ketika itu urusan akan menjadi cepat. Namun, bermulalah kisah pak arab driver (Abu Udai) dengan masalah-masalah yang dihadapinya yang telah melewatkan perjalanan masuk ke Turki hampir 3 jam.

1. Urusan mendapatkan insurans kendearaan yang lewat. (ni yang buat aku sikit hot. Taukey
syarikat bas kata dorang ada Ta'min Syamil (Insurans Penuh). Insurans penuh ni memudahkan bas masuk ke Turki tanpa mengambil masa yang lama di sempadan. Rupanya dorang masih tidak ada insurans bas untuk masuk ke Turki dan perlu ambil di sempadan)

2. Masalah nama bas yang sama dengan satu syarikat bas di Turki. Syarikat yang aku sewa ni
bernama Nur. Dan ada sebuah syarikat bas di Turki bernama Nur Hatay. Ada masalah 'kefahaman' pegawai Imigresen yang menyatakan bas yang aku sewa adalah sama syarikat dengan bas Nur Hatay. Kena buat beberapa urusan di pejabat utama Imigresen yang aku pun tak tahu apa yang telah dorang bincang dan selesaikan (Abu Udai dan PA dia yang settlekan).

3. Nak seludup Disel..(aku rasa nak guling-guling gelak). Punyalah bangang nak seludup disel ke
Turki. Mestilah kastam cek. Tahulah disel kat Turki mahal, kalau nak seludup masuk pun biarlah setong dua sahaja. Ni sampai 11 tong..kah kah kah. Hampir 400 Liter lebih jumlah disel kesemuanya yang menyebabkan Abu Udai kerugian hampir USD 900 di Turki. (Jika minyak tue lepas, dia jimat dalam USD 900 tak perlu isi minyak di stesyen minyak Turki). Seliter Disel di Turki harganya USD 2.5 bersamaan dengan RM 8.75! Akhirnya minyak tue dirampas oleh unit askar Turki yang dipertanggungjawab pada asalnya untuk memerangi penyeludupan dadah..(kebetulan masa kastam cek di awal pintu imigresen, ia terlepas). Takda rezeki Abu Udai..

12.05 tengahari bas bergerak menuju ke Antakya..walaupun hampir 6 jam di Border. Aku menarik
nafas lega kerana aku telah berjaya masuk ke Turki dan tentatif perjalanan yang telah aku rancang bakal dijalankan satu persatu.

Antakya-Adana menuju ke Pozanti, Ulukislar dan terus ke Konya.

Disebabkan kelewatan masuk ke Turki pada hari tersebut, tentatif yang pada asalnya ke Adana
terpaksa dipinda kehari kelapan dan perjalanan pada hari kedua xpdc terus menuju ke Konya. Pada mulanya aku merancang untuk ke Konya melalui jalan Mersin ke Tasuchu ke Karaman dan tiba di Konya.

Jarak perjalanan adalah sama tetapi jalannya berbukit dan mungkin
akan melambatkan perjalanan lagi. Akhirnya aku membuat keputusan melalui jalan utama ke Ankara dan mengambil jalan ke Konya melalui persimpangan Ulukislar terus ke Eregli dan ke Konya.

Kami semua ahli rombongan tiba di Konya dengan selamat pada jam 7.00 malam. Kami
menyewa hotel Ulusan dengan bayaran sekepala 25 YTL semalam. Tiada program lawatan untuk malam itu, semua ahli xpdc keluar untuk makan malam dan menikmati keindahan malam di Masjid Selimiye. Geram aku beransur hilang: Aku tengok semua ahli xpdc ceria di Konya. Hati aku pun rasa lega dan hilang kemarahan yang aku pendam sepanjang perjalanan.

Mana tidaknya, ketika di Jordan
aku telah dimaklumkan oleh Taukeh Syarikat Bas Nur iaitu Abu Qusay yang pemandu mahir jalan di tempat-tempat yang aku dah atur. Alih-alih dah masuk ke Turki dari Border lagi pemandu sudah tidak tahu arah jalan. Sudah!..maknanya aku lah yang kena jadi penunjuk jalan sepanjang rehlah ni.

Kalau aku betul, betullah si driver tue. Kalau aku tipu dia arah jalan
sampai ke Iran pun dia akan ikut. Berbekalkan sekeping peta Turki, aku tawakkal kepada Allah. Jika sesat, semua tentatif akan huru-hara.

Sabtu 9 Jun.

Seawal pagi setelah sarapan, kami semua memulakan program xpdc Turki dengan melawat
Masjid Aladdin Kaykubad yang dibina sekitar tahun 1220. Aladdin Kaykubad merupakan pemerintah Seljuq yang pernah menguasai bandar Konya pada eranya.

Kemudian kami ke Karatay
Museum tetapi tutup. Alternatif seterusnya kami telah menziarahi Museum Of Wooden And Stone Carving. Muzium tersebut menempatkan beberapa seni ukiran kayu (kebanyakkannya pintu) pada era kerajaan Uthamaniah dan batu-batu yang diukir dan dipahat untuk dijadikan peralatan pada zaman Rum, Seljuk dan Uthmaniah.

Antaranya seperti batu nisan, bangunan dan lain-lain.
Muzium tersebut pada asalnya ialah sebuah madrasah islamiah yang dibina oleh Sahip Ata pada tahun 1264. Menara yang terdapat di Madrasah tersebut telah berusia 600 tahun.

Penerangan di Aladdin Hill.
Tempat pertama dilawati di Konya Masjid Aladdin Kaykubad (1220 masihi)


Kenangan di Masjid Aladdin Kaykubad. Di masjid ini turut
ditempatkan Makam Aladdin dan beberapa pemerintah Seljuq yang lain


Menaiki Tramvay dari Zafer ke Seljuk Universiti.
Semua peserta xpdc telah berpakat untuk menaiki Tramvay melihat keadaan bandar Konya.
Tramvay telah melalui kawasan-kawasan berikut : Aladdin, Zafer, Fuas, Belediye, Sille Yolu, Emniyet, Kunduracilar, Sanayi, ALT Gecit, Aydanlikevler, Sehitler Camii, Sakarya, Tekniklise, Selcuklu Belediyesi, Koy Hizmetleri, Binkonutlar, Erekaya, Cumhuriyet, Otogar, Medas, Turkmaklisesi, M.T.A, Sudeposu, Sancak, Okul, Buzlukbasi, Kopru, Bosnahersek, Kayalar Camii dan Universiti Seljuk.

Hampir sejam jugak trip menaiki Tramvay. Ramai yang bosan.
Dalam kesempatan itu banyak melelapkan mata.

Di Zafer sebelum naik Tram. Ada peserta yang lapar.
Beli Doner dan makan atas Tram :)


Atas Tram. Perjalanan keseluruhan hampir satu jam.
Bermula di Zafer ke Stesyen terakhir iaitu Seljuq Universiti dan kembali ke Alaettin (Aladdin)



Museum Mevlana, Bazaar, Selimiye Camii, Aziziye Camii, Sarafettin Camii & Tarihi Mahkame Hamami

Setelah selesai lunch tengahari tue, kami berkunjung ke Muzium Mevlana yang menempatkan
Makam Sultan Seljuk Jalaluddin Ar-Rumi dengan kesan tinggalan harta peribadi semasa hayatnya.

Sultan Jalaluddin Ar-Rumi terkenal sebagai seorang ahli sufi dan menghasilkan beberapa karya
agung semasa hayatnya seperti Mathnawi dan Divan el-Kebir. Beliau dilahirkan di Balkh, Afghanistan pada tahun 1207 dan wafat pada 17 Disember 1273.

Kami juga sempat melawat dan
melihat kesan tinggalan masjid-masjid lama di Konya. Kekukuhan binaan, kehalusan ukiran masjid tidak dapat dinafikan. Ia sekaligus menunjukkan kehebatan umat Islam pada ketika itu yang tiada tolok bandingnya.

Masjid yang telah dilawati ialah: 1. Masjid Selimiye yang
dibina pada era Sultan Selim II sekitar tahun 1567 ketikamana beliau menjadi gabenor Konya. 2. Masjid Aziziye yang dibina semula pada 1875 setelah mengalami kebakaran 3. Masjid Sarafettin yang dibina seawal tahun 1200 dan diubahsuai pada tahun 1636.

Makam Sultan Jalaluddin Ar-Rumi. Pemerintah Seljuq

Bergambar kenangan di Sarafettin Camii sebelum bertolak ke Ankara

Konya menuju ke Ankara
Perjalanan Konya ke Ankara sejauh 258 Kilometer memakan masa perjalanan hampir 3 jam. Kami tiba di Ankara dan terus ke Cankaya yang menempatkan Menara ATA (ATAKULE) merupakan menara tertinggi di Turki (120m). Dari puncak menara kami dapat melihat pemandangan bandar Ankara di waktu malam.

12.00 malam- kami dinner di atas bas dan perjalanan sejauh 454 kilometer
kami telah harungi dari Ankara menuju ke Istanbul.

** Zaid tiba di Ankara. Aku cukup 'bertenaga'.

Monday, June 18, 2007

Bersendirian di bumi Kurdi

Aku masih duduk di kerusi stesyen Bullman (Stesyen Bas Ekpress) bandar Halab. Ketika itu aku menunggu masa sehingga jam 11 malam untuk bas aku bergerak menuju ke Qamishli..waktu masih berbaki 2 jam pada ketika itu untuk aku bergerak meninggalkan bandar Halab.

Aku sudah cukup kenyang malam itu setelah menikmati kebab halabi berhampiran Bab Faraj dan tidak lagi berlapar seperti di GaziAntep.

Sistem perhubungan di Syria lebih baik berbanding di Jordan.. Sistem bas bertiket dan berjalan tepat pada masa sudah pasti banyak memudahkan pengguna. Bukan seperti di Jordan yang berjalan tidak tentu masa. Mudah kata 'sistem tunggu penuh penumpang-baru bas bergerak' Kalau 3 jam penumpang tidak mencukupi kerusi di dalam bas makan 3 jam semua penumpang terpaksa menunggu untuk bas bergerak.

Aku memilih untuk mengadakan perjalanan malam supaya dapat berjimat kos hotel dan aku dapat tiba di tempat yang dituju seawal pagi dan terus menjalankan agenda pengembaraan yang telah dirancang.

Aku bergerak tepat jam 11.00 malam menuju ke Qamishli.

Qamishli merupakan bandar di Timur Laut negara Syria. Terletak lebih kurang 850km dari bandar Damsyiq dan 500km dari bandar Halab. Qamishli merupakan wilayah masyarakat Kurdi dan bersempadan dekat dengan negara Turki. Ramai yang mengaitkan Qamishli dengan kisah bandar yang 'bahaya' disebabkan majoriti penduduk kurdi yang sentiasa inginkan pembebasan dan mahukan wilayah mereka sebagai negara.

Kesemua pelancong asing yang tiba di Qamishli dan sekitarnya pasti akan di ikuti oleh mukhabarat atau dalam bahasa malaysia dikenali dengan SB Special Branch (Siput Babi). Ini adalah bertujuan untuk keselamatan pelancong dan langkah berjaga-jaga SB untuk menyekat sebarang pencerobohan sempadan di kawasan tersebut. Kawasan Qamishli amat bersempadan dengan Turki dan Iraq. Jika askar tidur, bila-bila masa boleh melangkah di kedua-dua sempadan.

Sepanjang perjalanan aku melelapkan mata dan terjaga 2-3 kali sebelum tiba di Qamishli. Namun ia bukanlah destinasi terakhir aku untuk pengembaraan pagi itu. Perjalanan masih berbaki 180km untuk tiba di Malkiyah yang terletak ke arah timur Qamishli dan merupakan pekan paling hujung di timur laut negara syria. Aku solat subuh di atas bas dan selamat tiba di Malkiyah tepat jam 6.48 pagi 10 Jun 2003.

Aku tiba di Malkiyah terlalu awal pagi. Arab mengelarnya ‘subuh bikir’ atau subuh dara. Masih muda, pagi yang terlalu awal. Ketika itu hanya 5 orang termasuk 4 bangsa kurdi yang turun di Malkiyah. Stesyen bas masih kosong.. Tiada sesiapa pun ketika itu di stesyen bas.

Aku menggalas ruck set berjenama Tatonka dan mula berjalan keluar dari stesyen tersebut ke arah kawasankedai yang sememangnya masih tutup di awal pagi hari tersebut. Aku bertemu dengan seorang yang menaiki motosikal buatan China dan menahannya lalu bertanya arah jalan untuk aku pergi ke AIN DIWAR...

"Aku boleh bawakan kau ke Ain Diwar" kata lelaki tersebut. Aku menjawab “Aku mahu berjalan" lelaki tersebut tersenyum dan menjawab perli.."Kau nak jalan sejauh 15km?"..Tiada cara lain untuk kau ke sana sama ada kau naik motor aku atau kau tumpang mana-mana kenderaan untuk ke sana...

Kata-kata lelaki itu aku percayai kerana ia bertepatan dengan maklumat yang telah aku perolehi dari buku pengembaraan lonely planet Syria. Penulis buku tersebut menyatakan untuk pergi ke Ain Diwar hanya boleh hitching (menumpang) ataupun membonceng motosikal dengan bayaran 300-500 Lira Syria.

Aku menggelengkan kepala tanda tidak mahu untuk membonceng motosikalnya. Beliau masih memujuk aku namun aku tetap menggelengkan kepala tanda menolak. Beliau menunjukkan arah simpang jalan untuk ke Ain Diwar dan aku perlu menumpang mana-mana kenderaan yang melalui jalan tersebut untuk ke Ain Diwar.

Aku berjalan ke arah simpang jalan dan terdapat dua buah kedai runcit yang sudah memuakan perniagaan di awal pagi. Murah rezeki pemilik kedai tersebut. Tidak membuta sehingga matahari sudah naik di kepala.

Aku masuk ke kedai tersebut untuk membeli air mineral, minuman bergas serta biskut untuk sarapan pagi itu serta bekalan. Apabila aku masuk ke dalam kedai pemilik kedai tersebut terus bertanya "Engkau mahu ke Jisir Rumani di Ain Diwar?" Aku menjawab na'am sambil tersenyum.

Abu Salih nama pemilik kedai tersebut. Berbangsa kurdi dan dia amat gembira kerana jarang mengenali bangsa asing yang boleh bertutur di dalam Bahasa Arab. Aku menunggu agak lama di situ sambil berbual dengan Abu Salih sehinggakan aku diberi percuma kek dan biskut pula untuk bekalan. Abu salih membantu aku menahan sebuah lori tanah yang melalui simpang tersebut menuju ke Ain Diwar. Aku mengucapkan jutaan terima kasih pada Abu Salih dan meneruskan perjalanan menuju ke Ain Diwar

Ain Diwar merupakan sebuah perkampungan kecil yg terletak 15km dari Malkiyah. Ia merupakan perkampungan terakhir di Timur Laut Syria. Bahagian utaranya bersempadan dengan Turki dan timurnya adalah sempadan negara Iraq. Aku memilih untuk menjejaki Ain Diwar pertamanya disebabkan perjalanan yang agak mencabar dan aku ingin melihat dataran indah Jazirah di sempadan tiga negara yang dahulunya tiada istilah sempadan antaranya. Aku juga merancang untuk tiba di ROMAN BRIDGE atau dikenali di dalam bahasa arab dengan JISIR RUMANI. Jambatan tersebut dibina pada zaman rum untuk menghubungkan dataran seberang yang dipisahkan oleh sebuah sungai.

Perjalanan dari Malkiyah ke Ain Diwar mencerahkan mata aku dengan ladang-ladang yang menghijau di kiri kanan jalan. Orang kurdi yang memandu lori tersebut tidak fasih bercakap arab. Dia menjemput aku memakan roti arab yang masih panas. Aku tidak menolak dan makan bersamanya sehingga tiba di sebuah simpang dan aku turun di situ.

Ain Diwar 3km dari simpang tersebut dan dia terpaksa menurunkan aku di simpang tersebut untuk mengambil jalan arah kanan untuk ke ladangnya. Sebaik sahaja aku turun, kebetulan ada sebuah lori pick-up kecil yang keluar dari simpang tersebut. Aku terus menahan dan bertanyakan tentang Ain Diwar dan jambatan rum di situ. Pemandu pick-up tersebut terus keluar dan bersalam dengan aku lalu memperkenalkan dirinya sebagai Ali. Aku terus bertanya tentang jambatan rum yang aku ingin pergi.

Ali menyatakan kesanggupannya dan ternyata dia seorang yang peramah. Tambahan pula dia hanya meminta bayaran 200 lira sahaja untuk bawa aku ke jambatan tersebut. Aku sudah merasakan ia cukup murah sebab berkira-kira dengan masa yang aku perlu ada di situ sedangkan aku tidak tahu jauh mana lagi jambatan tersebut. Kalau 1 km sahaja dari arah simpang, rugilah aku ketika itu.

Aku menaiki pick-up putih kecil jenis Daihatsu menuju ke Ain Diwar. Ali terus membawa aku memasuki perkampungan kecil Ain Diwar. Masyarakat di situ hidup dalam serba kemiskinan. Majoriti mereka berbangsa kurdi dan hanya segelintir berbangsa arab. Setelah melalui rumah-rumah daif di kawasan Ain Diwar aku terus sampai di sebuah kawasan agak tinggi dan Ali mengajak aku turun.

Peta menunjukan Sungai Dajlah (Tigris) berpunca dari Iraq
dan berakhir di Turki. Ain Diwar terletak betul-betul di hujung
negara Syria (arah Timur Laut)


Subhannallah. Itulah yang dapat aku katakan setelah mataku memandang pemandangan di hadapanku ketika itu. Cukup hebat ciptaan Allah.

Ali tersenyum melihat aku sudah mula keluarkan kamera. Ali memberitahu aku bahawa di hadapan kau sekarang adalah Sungai Dajlah yang berpunca dari Iraq. Tanah sebelum sungai tersebut adalah milik Syria dan tanah di selepas Sungai Dajlah tersebut adalah milik Iraq dan Turki. Ia merupakan sempadan semulajadi untuk ketiga-tiga negara. Ali menunjukkan sebuah bukit yang berhadapan dengan kawasan kami berdiri dikenali dengan BUKIT JUDI. Bukit judi tersebut terletak di dalam wilayah Mardin di Turki.

Kemudian Ali menyoal aku . ."Kau tahu di mana Jisir Rumani yang kau hendak pergi?". Aku menggelengkan kepala sambil Ali memaut bahuku dan jarinya menunjukan aku ke arah Sungai Dajlah.

“Jisir yang aku nak bawa kau pergi berada di bawah bukit dan akan melalui bersebelahan dengan Sungai Dajlah sehingga tiba di sebuah kawasan merupakan anak sungai kecil dari Dajlah dan amat bersempadan dengan tanah Turki. Dari situ kau akan nampak dengan jelas pekan Turki yang dikenali dengan CIZRE” terang Ali bersungguh. Dalam hati aku terdetik.. "Gila mamat ni, dia ambil 200 lira sahaja"

“Sebelum kau pergi ke sana, kau perlu jumpa polis di sini” Ali menyambung katanya ketika itu. Aku mengangguk dan terus menaiki pick-up tersebut ke sebuah pondok polis kecil yang terdapat dua buah bilik di dalamnya. Satu bilik tidur dan satu ruang pejabat. Tiba di pondok tersebut aku terus di panggil masuk oleh polis yang hanya berseorangan ketika itu.

Soalan pertama yang keluar dari mulutnya.. Kenapa kau ke sini? Untuk apa? Aku menjawab untuk pergi ke Jisir Rumani?. Kau nak buat carigali ke? Tambah polis tersebut. Aku menggelengkan kepala dan menjawab.. “Siyahah..Mughamarah” Polis tersebut bertanya lagi.. “Berapa lama dah kau di Syria” aku menjawab sebulan setengah. Dia bertanya lagi.. “Buat apa lama disini?” Aku menjawab, aku suka siyahah di sini dan mughamarah di sini dari negara-negara arab lain. penduduk-penduduk di sini semua baik. Aku memulakan kata manisku. Memang pada raut wajah polis tersebut terkejut dan hairan yang aku boleh berbahasa arab dengan baik.

Beliau mengeluarkan sebuah form dan meminta aku mengisi form tersebut. Setelah selesai dia memegang pasport dan form yang telah diisi dan menelefon seseorang. Dari perbualannya dapat aku pastikan dia menelefon ibu pejabat di Damsyiq. Beliau memberikan semua maklumat aku dan bertanyakan tentang tempoh pembaruan visa pelancong aku.

Setelah semuanya selesai dia meminta aku tinggalkan pasport dan aku boleh pergi. Dia juga minta agar kamera aku ditinggalkan sahaja di pondok tersebut tapi aku berkeras untuk bawa dengan alasan untuk merakamkan kenangan aku di Jisir Rumani. Lama juga aku meminta izin dan akhirnya dia membenarkan aku mebawa kamera...(alhamdulillah- kalau tidak, aku tidak dapat bayangkan betapa ruginya tidak boleh merakamkan kenangan gambar di Ain Diwar)

Aku amat berpuas hati pagi itu. Setelah aku menuruni bukit di Ain Diwar, melalui jalan tanah dan dapat melihat Sungai Dajlah dari jarak yang dekat dan melalui anak-anak sungai kecil, melihat kebun-kebun di kiri kanan yang diusahakan oleh bangsa kurdi. Setelah semua itu aku lalui aku tiba di Jisir Rumani atau jambatan rum di situ. Mataku dapat melihat dengan jelas bandar CIZRE di Turki dan kelihatan juga tentera-tentera turki mengawal di sempadan tersebut.

Aku bergambar kenangan di kawasan tersebut dengan pemandangan indah ladang-ladang cotton dan sungai-sungai kecil.


2,650,000 Turki Lira di Gaziantep

Bandar Gaziantep

Rambut aku makin kusut.. makin serabai selepas aku menggosok-gosok kepalaku tanda 'serabut otak'.. semuanya takkan jadi jika otak aku lebih teliti dan lebih cerdik dari awal..

Akhir ceritanya begini..

Aku gembira kerana dapat berdiri semula setelah 3 jam duduk di dalam bas sepanjang perjalanan dari SanUrfa- sebuah pekan di Timur Turkey. Sudah jam 6.30 petang ketika aku tiba di GaziAntep yang lebih senang di panggil ANTEP oleh masyarakat tempatan.

Sesahihnya ketika perjalanan dari SanUrfa lagi kepala aku sudah merancang, bila tiba di Antep aku mesti terus mengambil bas atau dolmus dari Otogar (stesyen bas) Antep terus ke bandar Antep.

Aku mesti terus menukar wang Jordan Dinar yang berbaki di dalam dompetku ke matawang Turki Lira, kemudian aku mesti mencari hotel murah untuk aku bermalam dan keesokan paginya aku mesti menjelajah bandar Antep dan kawasan-kawasan sejarah sekitarnya. Sambil merancang dalam kepalaku, sambil tanganku terus menulis diari perjalanan.

Aku tiba di Antep 15 minit lewat dari jadual asalnya. Baki duit Lira Turki (LT) yang masih aku pegang hanyalah 2,650,000 LT. Lebih kurang nilai USD 2. Seperti apa yang telah dirancang pada awalnya, aku mula mencari masyarakat tempatan yang boleh 'sikit-sikit' berbahasa inggeris. Akhirnya dapat aku 'menangkap' seorang perempuan muda dan melalui maklumat yang diberi dapatlah aku menaiki Mini Bus Antep dari Otogar ke bandar Antep. 20 minit perjalanan ke bandar Antep cukup menyebabkan aku lewat tiba di bandar Antep. Hari sudah mulai gelap.

Aku sudah berpeluh...merata aku berjalan di bandar antep. MONEY CHANGER aku dah jumpa tapi tutup semuanya. Duit hanya tinggal 2 juta LT. 650 ribu telah aku bayar untuk harga tambang MiniBus.. wang JOD 40 masih belum menjadi Lira.

Kepala aku sudah mula memikir diari baru aku untuk malam itu di Antep. Kali terakhir perut aku diisi ketika di Urfa, 7jam sebelum itu. Wang aku hanya berbaki 2 juta Lira Turki. Aku perlukan wang ini untuk tambang balik ke Otogar dan esok paginya aku perlu kembali ke bandar Antep untuk menukar wang di Money Changer. Malam itu aku perlu tidur di Ortogar sahaja...

Otak aku terus ligat berpusing mencari idea untuk 'hidup' ketika itu. Dalam keadaan serba tidak betul malam tu, aku masih mampu berjalan menggalas Ruck Set menikmati udara malam di bandar Antep. Perut memang lapar. Duit terpaksa simpan untuk tambang sahaja sehingga esok harinya...

Sekitar jam 9.10 malam aku mengambil minibus kembali ke Otogar Antep. Nasib aku malam itu sesahihnya seperti jatuh ditimpa tangga. Aku tersalah menaiki Minibus dan aku di bawa sehingga ke akhir stesyen di sebuah kampung kecil di pinggir Antep. Selamat bayaranya hanya 300 ribu. Aku kembali menaiki minibus tersebut ke bandar Antep dengan bayaran 300 ribu.

Tiba di dataran Antep, aku menahan minibus dan pastinya mataku tidak salah melihat tulisan OTOGAR pada cermin depan minibus tersebut. Dengan bayaran 650 ribu aku tiba di Otogar dengan selamat.

Tiba di Otogar aku terus 'melilau' di sekitar kaunter-kaunter tiket bas dengan memegang wang JOD40 di tangan dengan tujuan untuk menukar wang tersebut dengan mereka, malangnya lagi matawang JOD mereka tidak terima dan memberi cadangan agar aku cuba tukar sahaja di bandar Antep keesokan harinya.

Malam itu aku terbaring di kerusi penunggu-penunggu bas di Antep, duit berbaki 650 sahaja selepas 100 ribu aku gunakan untuk bayaran tuvalet (tandas) di Otogar tersebut. Duit itu memang cukup-cukup untuk aku pergi ke bandar Antep untuk menukar wang keesokan harinya.

Selepas solat Jamak Takhir malam itu, aku terlelap di kerusi Otogar Antep dengan air paip mengembungkan perut aku malam itu.

Aku dikejutkan dengan bunyi bising bas sekitar jam 4.20 pagi. Aku terus bangun dan menunggu waktu subuh.. Aku berada di Otogar sehingga jam 7 pagi.

7.30 pagi aku telah berada di Bandar Antep. Duit di dalam poket, 0 juta LT. Aku terus berlegar di Antep dan menjumpai banyak Money Changer tetapi masih tutup. 9.30-10.00 pagi baru ia beroperasi. Adushh!!!..

Aku terus berjalan di bandar Antep dan menziarahi masjid-masjid lama tinggalan kerajaan Uthmaniyyah. Aku turut berjalan di pasar-pasar harian di bandar tersebut...perut aku hanya diisi oleh air paip dan menyebabkan aku kekurangan banyak tenaga kerana tidak makan sejak tiba di Antep.

9.30 aku kembali ke kawasan money changer. Aku tersenyum berdiri hadapan money changer tersebut, dalam hati, selepas ini aku boleh makan, aku boleh beli tiket untuk masuk ke muzium, aku boleh beli kamus turki-bi yang aku jumpa beberapa jam sebelum itu, aku boleh gunakan wang yang dah ditukar untuk mengembara di sekitar bandar Antep.

Serabut. Aku terus serabut.

Duit JOD tidak boleh ditukar ke Turki Lira di Turki?...

Tidakkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkk

3 money changer yg berada di situ hanya menerima wang USD dan EURO sahaja!. Otak aku mula menjadi gasing. Lama aku duduk termenung di medan antep yang berhadapan dengan panggung wayang..

Otak aku memberi idea untuk masuk ke bank-bank yang terdapat di situ. Pertamanya aku terus ke HSBC. Aku mengharapkan sangat duit JOD boleh ditukar. Akhirnya, pekerja-pekerja bank di situ hanya mengelengkan kepala tanda tidak boleh. Walaupun ada pekerja yg cuba usaha menelefon ke bahagian yang lain, ia tetap tidak berhasil.

Semuanya disebabkan otak aku yang lambat berfikir ketika di Antakya. Aku hanya menukar JOD20 ke Lira Turki di Antakya (bandar sempadan Syria-Turki) dan bakinya aku akan tukar apabila memerlukan selepas itu.

Dalam kepala otak aku langsung tak terfikir yang wang JOD hanya boleh ditukar di Antakya. Itupun dipasaran gelap. Masyarakat di Antakya majoritinya daripada arab dan kawasan tersebut masih ramai yang mampu bertutur di dalam bahasa arab. Ini disebabkan kawasan Iskenderun & Hatay dahulunya adalah milik Syria, tetapi terdapat perjanjian antara British dan Turkey (1930) yang membolehkan wilayah tersebut menjadi salah satu wilayah turki. Tetapi syria sehingga kini masih menyatakan itu adalah wilayah mereka.

Selepas kecewa di bandar Antep, aku mencari jalan bagaimana untuk pergi semula ke otogar dengan wang ZERO. Setelah lama berfikir datanglah di dalam otak ini untuk aku meminta sedekah di tepi jalan, menjual seluar dan baju aku ditepi jalan (kalau lakulah) atau aku pergi ke mana-mana kedai dan terus meminta 1 juta sahaja untuk tambang. Semua idea itu hanya terlintas dalam masa 1 minit sahaja. Akhirnya aku membuat keputusan untuk naik saja minibus dan atas bas nanti aku cakap aku tak ada duit. Ketika itu aku rasa itu terbaik. Padahal kesannya yang mungkin paling bangsat.

Aku menaiki minibus. Baru sahaja aku duduk, pemandu sudah minta aku isikan wang tambang ke kotak duit bersebelahannya. Aku diam.. Dia terus panggil dalam bahasa turki yg aku memang tak paham tapi ditujukan kepada aku. 2 kali dia memanggil, aku memekakkan telinga. Kali ketiga dia sudah tinggikan suaranya. Aku ke hadapan bus dan menarik keluar kedua-dua belah poketku untuk memberi isyarat poket aku kosong tak ada duit. Terus tangan pemandu bas menekan punat dihadapanya dan sejurus itu pintu pun terbuka. Aku dimaki dan dihalau.

Aku berdiri juga di dalam bas tersebut sambil aku bercakap otogar, otogar. Antakya, Antakya sambil tangan aku memegang wang JOD yang amat 'cantik' itu.

Pemandu terus meninggikan suara, bas sudah berhenti, pintu sudah terbuka. Aku sahaja buat bodoh minta belas kasihan atas bas tersebut. Selepas itu minibus tersebut berjalan, ada sepasang tangan yang memasukkan duit di dalam kotak duit tersebut. Aku menarik nafas lega dan cukup berterima kasih kepada seorang perempuan yang telah menolong aku. Aku hanya tersenyum kepadanya tanda terima kasihku. Padahal aku dah cukup malu. Berpuluh pasang mata tertumpu pada aku sehinggalah tiba di Otogar. Aku pula duduk di kerusi tengah. Nasib..nasib...

Tiba di Otogar aku terus menuju ke Dolmus. Aku dapat melihat dengan jelas tertulis di hadapan transit tersebut ANTEP-ANTAKYA. Aku terus bertanya pada mereka yang berkumpul di situ. Alhamdulillah ada seorang di antara pemandu yang boleh bercakap arab. Aku menjelaskan kesemuanya dan dia menganggukkan kepala sambil tersenyum.

"... tak mengapa kau bayar tambang di Antakya sahaja selepas kau tukar duit.." Kata-kata pemandu tersebut sudah cukup membuat aku menarik nafas lega. Hampir 4 jam perjalanan Antep Antakya (terlebih dahulu ke Adana), aku tertidur sepanjang perjalanan.

Tiba di Antakya aku membayar 6 juta LT untuk harga Dolmus dan kaki aku terus berjalan menuju ke lokantasi (restoran)...

____________________________________________________________________

Sebelum Januari 2005, matawang Turki dikira dengan nilai juta-juta. Sejak Jan 2005 kerajaan Turki telah memperkenalkan matawang baru Turki yang dikenali dengan Yeni Turkey Lira (YTL) yang menghapuskan kesemua 'kosong' yang ada..1,000,000 Lira menjadi 1 Lira.

Jabal Druze

Kesan Arkeologi Era Rum di Shahba

Suasana di Kharaj Dera'a 08 Mei 2003 cukup sesak. Sesetengah masyarakat berebut-rebut menaiki bus untuk menuju ke selatan Syria..menuju ke bumi Hauran. > Dera'a, Shahba, Sweida. Tapi ramai juga yang tenang..mengalah kepada 'kaki rebut' yang tidak penyabar untuk menaiki van terlebih dahulu. Aku hanya melihat dari sudut dinding berhampiran kharaj.

Setelah selesai sarapan 2 keping mu'ajanat, aku terus menaiki serfeece (van yang menjadi pengangkutan utama di Syria) untuk menuju ke Shahba yang terletak di Jabal Al-Arab. Tujuan utama aku untuk melihat kesan tinggalan Rum yang dikuasai Philip The Arab pada era pemerintahannya. Kesan yang boleh dilihat seperti gerbang lama kota, teater dan kawasan penempatan lama. Ada binaannya kini telah dijadikan Muzium Shahba.



Berkenalan dengan Smeeh
Tiba di Shahba pada hari Jumaat aku cukup berasa pelik. Kenapa tidak ada masjid di kawasan Shahba? Tidak pula kedengaran azan di kawasan tersebut? dan masyarakatnya seperti biasa melakukan rutin harian di pasar. Aku mengenali Smeeh, seorang pemandu serfeece Shahba ke Mushannaf. Aku memberi salam dan dia menjawab dengan salam. Aku bertanya kepada Smeeh "Di mana masjid?". Smeeh menjawab "Disini tiada masjid, Jika kamu mahu sembahyang disini ada gereja".. aku terdiam. Pelbagai persoalan bermain dikepala. Tempat apa yang aku tiba pada kali ini? Siapa Smeeh? Kenapa tiada masjid dikawasan ini?.. aku membuat keputusan untuk solat Jamak di kawasan lain. Setelah mengetahui betul-betul ditempat tersebut tiada masjid untuk aku dirikan solat Jumaat dan tiada pula masyarakat disitu yang ingin solat Jumaat.

Aku memberitahu Smeeh yang aku ingin pergi ke dua kawasan Arkeologi di Shahba iaitu Shaqqa dan Khirbet Al-Umbeshi. Smeeh menawarkan bayaran 200 Lira untuk membawa aku ke tempat tersebut. Aku bersetuju dan selesai mengembara ke Shaqqa dan Khirbet Al-Umbeshi yang terletak di kawasan padang pasir di Timur Shahba. Selepas selesai pengembaraan ke Khirbet Al-Umbeshi aku kembali ke Shahba dan ingin terus balik ke Damascus.

Namun Smeeh telah mengajak aku menziarahi sebuah makam Anbiya di atas sebuah bukit di Shahba. Apa lagi, inilah antara tujuan aku mengembara. Menjejaki kesan para Anbiya' dan para sahabat. Aku cukup seronok dan bertanya kepada Smeeh." Makam siapa yang hendak dilawati?". Smeeh menjawab "Makam Nabi Shihan". Terus terdetik dalam hati aku, mungkin ini salah seorang Nabi Bani Israel dan terus aku mencatat ke dalam buku nota tempat yang bakal dikunjungi. Setelah tiba di Makam tersebut aku lihat beratus manusia memenuhi ruang makam di kawasan tersebut. Masing-masing berkumpul memenuhi ruang makam. Ada yang mencium binaan makam, ada yang membaca ayat-ayat yang sukar aku fahami.. terdetik lagi dalam hati aku..siapakah mereka ini?


Ke Mushannaf dari Shahba
Tiba di Mushannaf cukup menambahkan kepelikan yang aku alami di bandar Shahba. Setelah selesai aku meneroka beberapa kesan arkeologi di Mushannaf, aku mengenali Yusof dan membawa aku ke 3 buah makam Anbiya' disitu. Nabi Saffa, Nabi Israfil dan Nabi Ayub.

Siapakah Nabi Saffa? Adakah ia salah seorang Nabi Bani Israil? Siapakah Nabi Israfil? yang pastinya Israfil adalah malaikat, bukan seorang Nabi, mungkinkah ada nabi Bani Israil yang bernama Israfil? Nabi Ayub- salah seorang 25 rasul yang wajib diketahui, tetapi kenapa makamnya bersebelahan dengan kandang-kandang kambing dan ia seperti tidak terjaga? Pelbagai persoalan bermain difikiran. Apa yang telah terjadi, realitinya aku telah dibawa oleh Yusof dan beberapa budak-budak kampung ke makam-makam tersebut.


Kepercayaan Karut!
Ada pula Makam An-Nabi Jibril (terletak 5km dari Shahba). Aduh!..Buat otak aku serabut dengan kepelikan yang ada. Sudahlah tadi ada makam Nabi Israfil yang aku ziarahi..kini Jibril pula?? Namun hati aku tetap memikir positif. Kemungkinan ia adalah Nabi yang namanya juga Jibril.

Aku berkenalan dengan beberapa penjaga makam tersebut yang aku sudah lupa namanya. Dia membawa aku ke belakang makam tersebut dan ada sebuah gua kecil. Dia mengatakan bahawa Al-Quran telah diturunkan kepada Salman Al-Farisi di gua ini..Tercengang aku dengan penyataan orang tua tue. Aku terdiam. Lama memikir. Sah dorang ni bukan Islam ataupun penyeleweng Islam. Nak kata Syiah, tidak ada ciri-ciri Syiah padanya! Hati aku terdetik. Adakah dia maksudkan Jibril turunkan Al-Quran kepada Salman Al-Farisi?? Kepercayaan apa nih?!


Kembali ke Dimasyq dan Nekad untuk kembali semula ke Shahba
Aku kembali ke Dimasyq dan tiba sebelum Maghrib pada hari tersebut. Banyak aku fikir tentang peristiwa yang aku alami sepanjang hari di Shahba dan Mushannaf.

Aku nekad untuk mengetahui semua persoalan yang telah bermain di dalam fikiranku pada ketika itu. Aku nekad untuk kembali semula ke kawasan Shahba keesokan harinya. Aku mesti melengkapkan pengembaraan aku di Shahba dan terus ke Sweida.


Esok harinya 9 Mei 2003 aku terus mengembara melalui Shahba dan terus ke Sweida yang terletak hampir 20km dr Shahba. Aku menziarahi Qanawat yang merupakan salah satu bandar Decapolis Rum di Timur Tengah. Selesai mengembara di kawasan tersebut aku kembali ke Damascus.

Di dalam perjalanan aku membaca buku Ross Burn seorang sejarawan Syria yang amat terkenal. Barulah aku dapat jawapan bahawa tempat yang telah aku ziarahi iaitu Shahba, Mushannaf, Sweida merupakan kawasan penempatan masyarakat DRUZE.


Bergambar kenangan bersama penganut Druze

Setelah mengetahui dan mengkaji tentang fahaman Druze barulah aku mengetahui bahawa puak ini bukanlah berpegang pada agama Islam. Tidak terdapat masjid di kawasan mereka. Nabi Shihan bukanlah Nabi tetapi 'Syeikhan' yang bermaksud 2 orang syeikh dikalangan mereka. Mereka menziarahi kubur tersebut menyembah dan memuja kubur tersebut.

Berkemungkinan juga Makam Nabi Saffa yang aku ziarah di Mushannaf bukanlah nabi tetapi orang-orang penting yang mereka anggap 'ulama'' dikalangan mereka. Malah mereka turut percaya Al-Quran adalah buatan Salman Al-Farisi..Astagfirullah.


Bahaya Druze.. (Kepercayaan & Pegangan Druze)

- Tonggak Akidah Druze Khalifah Fatimi Abu Ali Al-Mansur bin Aziz billah bin Muizzudin dikenali sebagai Al-Hakim Biamrillah lahir pada 375 Hijrah dan dibunuh pada 411 Hijrah. Ganjil pada fikiran dan perangai. Suka membunuh dan menyeksa tanpa sebab.

- Pengasas- Hamzah bin Ali bin Muhd Al-Zuzani (375-430 Hijrah). Mengiklankan bahawa Al-Hakim sebagai tuhan pada 408 Hijrah.

- Orang-orang penting yang lain- Muhd bin Ismail Ad-Durzi dikenali sebagai NASHTAKIN. Nama agama ini diambil bersempena nama beliau. Bersama-sama Hamzah Ali sebarkan agama Druze malah lebih awal iatu pada tahun 407 Hijrah.

- Baha'uddin Abu Hasan Ali bin Ahmad Samuqi- Penyebar agama Druze pada tahun 411 Hijrah. Beliau menyatakan tidak boleh berijtihad dengan fahaman Druze yang telah digariskan oleh Hamzah dan At-Tamimi

- Abu Ibrahim Ismail Hamad at-Tamimi- Ipar kepada Hamzah dan merupakan penolongnya paling dekat. Menduduki martabat kedua dalam agama Druze selepas Hamzah

- Pemimpin Druze masa kini- Walid Junbulad (Ketua Druze berpusat di Lubnan). Dr. Najib Al-Asrawi- Ketua Druze Brazil. Adnan Bashir- Ketua Druze Australia.

Pegangan Druze.
1. Percaya Al-Hakim biAmrillah sebagai Tuhan. Apabila Al-Hakim mati, mereka percaya dia hanya ghaib dan akan kembali

2. Inkar kepada seluruh nabi dan rasul

3. Percaya Hamzah Ali sebagai Al-Masih

4. Membenci agama lain terutama Islam

5. Percaya agama mereka memansuhkan agama-agama sebelumnya

6. Percaya perpindahan roh selepas mati

7. Inkar adanya pahala, dosa, syurga dan neraka

8. Inkar kepada Al-Quran dan menyatakan bahawa Al-Quran buatan Salman Al-Farisi

9. Terkesan dan mengikut kepercayaan silam seperti Firaun dan Hindu

10. Percaya hari kiamat merupakan hari kembalinya Al-Hakim

11. Percaya Al-Hakim mengutuskan 5 nabi iaitu : Hamzah, Ismail, Muhd Al-Kalimah, Abu Khair dan Baha'

12. Hanya membenarkan perkahwinan sesama mereka.

13. Mengutuk para sahabat dan mengatakan sesungguhnya kejahatan dan kemungkaran ialah Abu Bakar dan Umar

14. Tidak boleh belajar akidah Druze melainkan tiba umur 40 tahun. (40 tahun adalah umur berakal disisi mereka.

15. Kitab-kitab suci agama Druze.

- Kitab Rasail Hikmah: Terdapat 111 Risalah yang ditulis oleh Hamzah, Baha dan At-Tamimi
- Mushaf yang dinamakan Al-Munfarid Bizaatihi
- Kitab Mithaaq Waliyul Zaman oleh Hamzah Ali- merupakan Kitab asas fahaman Druze.

Populasi Druze kini teramai adalah di Syria iaitu seramai 300,000- 200,000 Lubnan- 80,000 Israel- 15,000 Jordan dan 75,000 di negara-negara lain. Di Syria penempatan utama mereka ialah di Shahba, Sweida (Bahagian Selatan) dan di Qalb Lozeh (Bahagian Utara-bersempadan dengan negara Turki)

Peta menunjukkan populasi Druze di Timur Tengah