Hari ini hujung minggu saya telah menghabiskan masa bersama isteri tercinta berkunjung ke rumah arwah Pak Yeop di Kampung Bermin, Tapah. Setelah Pak Yeop (abang sulung abah) meninggal kira-kira 2 tahun yang lalu, rumah di Kampung Bermin masih dijaga oleh Mak Yeop dan anak perempuannya Kak Nita.
Program hari ini telah dirancang oleh Mak Nik (kakak abah) yang menetap di Kuala Lumpur. Beliau merancang perjumpaan beberapa ahli keluarga untuk makan tengahari di rumah Mak Yeop dan pergi ke dusun abah untuk mengutip durian.
Suasana meriah dan sekaligus saya dapat berkenalan dengan ahli keluarga baru sebelah isteri. Keadaan disekeliling rumah Mak Yeop sangatlah tenang dengan dusun yang menghijau tambahan landskap sekeliling dihias dengan indah. Kak Nita anak Mak Yeop pula membela kambing secara besaran. Pondok kecil dibina dengan dinding buluh beratapkan rumbia di dusun.
Jam 10.30 pagi saya bersama ahli keluarga lain terlebih dahulu ke dusun durian. Perjalanan pergi dan balik dari dusun hampir 3km merentasi Sungai Batang Padang menggunakan titi gantung dan meredah kebun-kebun lain yang terdapat di kawasan tersebut.
Balik makan tengahari yang dimasak oleh opah dan Mak Nyah. Selepas dah kenyang saya bersama saudara yang lain berjalan kaki menuju kawasan air terjun untuk mandi manda. Kak Nita menjadi guide kami bawa ke air terjun yang tak ramai dikunjungi awam. Jauh juga berjalan dari rumah Mak Yeop ke kawasan air terjun tersebut. Ia merupakan kawasan air terjun Kuala Woh tetapi berada di kawasan atas.
Hari ini penuh ceria. Satu percutian yang amat menyeronokkan.

Di dalam perjalanan ke dusun. Di dalam perjalanan banyak Mak Nik cerita jenis-jenis pokok yang sebelum ini memang saya tidak ketahui. Antaranya pokok Terap, Lekir, Setar, Jati dan lain-lain
Cik Cu (adik abah) sedang asingkan buah durian yang elok dan yang kurang elok disimpan untuk dibuat tempoyak. Hasil hari ini kurang banyak. Buah teramat banyak di atas pokok tetapi belum luruh. Cik Cu target dalam masa seminggu akan datang mewah durian di dusun abah (ada lebih kurang 40 pokok)
Pucuk ubi dan pucuk paku pakis yang telah dikutip oleh isteri dan emak sedara di dusun dan disepanjang perjalanan balik
Buah ini tidak diketahui nama. Cik Cu ambil dalam perjalanan balik dari dusun dan ingin dapat kepastian nama buah ini dari Opah. Akhirnya Opah pun tak tahu nama buah ini. Ada sesiapa yang tahu?
Jaras berisi durian yang aku tanggung dari dusun ke rumah Mak Yeop. Best juga bersenam mengangkut durian nih
Suasana di dusun Mak Yeop bersebelahan rumahnya
Kambing yang dibela oleh Kak Nita
Daun Napier yang ditanam sendiri oleh Kak Nita. Dikisar dengan mesin untuk makanan kambing
Kambing yang dibela oleh Kak Nita
Daun Napier yang ditanam sendiri oleh Kak Nita. Dikisar dengan mesin untuk makanan kambing
Lunch Time
Masakan Opah dan Mak Nyah (kakak sulung abah). Menu tengahari tadi amat menaikkan selera. Nasi Putih dengan Petai, Ulam-ulam, Kari Ayam, Ikan Goreng, Telur bungkus, Masak Lemak Nenas dengan Udang dan yang paling best ialah sambal machang.

Melalui kebun pisang, betik dan lain-lain tanaman sebelum tiba di kawasan air terjun. Pemandangan sekeliling yang amat cantik dan tenang
Kawasan sungai dan air terjun yang tidak sibuk dengan pengunjung lain. Lama juga tak mandi air terjun dan tak lepaskan peluang untuk berendam
10 komen:
salam...apa kata, cuba senaraikan gelaran2 adik beradik abah bermula dr Pak Yeop sampai Cik Cu. hehe...nak tau susunannye camne :)
Teringat masa zaman kanak-kanak dulu, kat kampung nenek N9.
Tenang dan aman suasana desa. seronoknye...
buah yg tidak tau nama tuh..saya pernah makan..sy ingt..betul..sy pernah makan..tp smpai sekarang sy pun tak taw jgk nama buah tuh..hehehe
salam yeop (djambu puadovich),
adik beradik abah ramai bebeno, 13 org smua.. ..kt bawah dalam list nama-nama yg ada dalam watak entry sjo..haha
01-Pak Yeop
02-Mak Nyah
03-
04-
05-
06-
07-Mak Nik
08-Abah
09-
10-Cik Cu
11-
12-
13-
salam irfandalili,
malaysia ni memang indah..tambahan 2-3 dekad sebelum nih..
salam adam,
ceit.. tula la keja hang.. makan-makan-makan.. tapi tetap 49kilo..macam angkat 4guni beras dari kedai Hamzah sajor..hihi
ya Allah...
syoknye dusun!
gambo last tu paling tak tahan tu...
salam kak suealeen,
saya last mandi air terjun tahun 2004 kat Ulu Kenas.. 5 tahun jugaklah x merasa..hehe. tu yg teruja sangat..
leee...ada lompong tu yg xnk tu. igtkn nk tau nama 13 org sume. nak banding dgn family sy pny...family belah abah sy ada 8 adik beradik je...:)
assalammualaikum wbt
Buah yang tidak diketahui nama tu, jika di Johor ia dinamakan buah Sentul. skrg sgt susah nk cari buah tu sbb mmg biasanya akan dijumpai di kawasan kampung sahaja. wallahua'lam.
Post a Comment