Di dalam perjalanan ke Gunung Nemrut, Adiyaman (East Turkey).
Perjalanan dari Kahta menaiki van Transit ke Nemrut Dagi Milli Parki.

Sudah 3 hari aku demam. Aku cuba gagahkan langkah. Setelah membeli ubat di Selcuk, dengan kuasa Allah, aku sedikit sembuh. Namun ketika bas mulai bergerak dari Selcuk ke Aydin dan Denizli otakku sudah mula merancang ingin terus pulang ke Syria.
Kedegilan aku telah memenangi pertandingan antara pulang terus ke Syria atau meneruskan kembara di Turki.
"Rugi kalau terus balik. Mungkin aku akan sembuh sehari dua lagi" kata hatiku ketika itu.
"Jika demam masih belum sembuh, aku kena pulang juga ke Syria". Hatiku menegas.
Akhirnya perangai degilku menguasai diri ketika itu. Aku meneruskan pengembaraan ke Denizli iaitu ke Pamukkale. Aku bermalam di Hotel Aydin, Pamukkale dengan bayaran 8 Juta Lira Turki. Malam itu setelah memakan ubat aku terus tidur untuk mendapatkan rehat yang cukup.
Keesokkan paginya, setelah meninjau di Pamukkale aku terus Denizli dan dari situ aku mengambil bas ke Konya. Demam agak reda dan aku masih kuatkan semangat aku. Seharian berada di Konya dan pada malamnya aku mengambil keputusan untuk terus ke Adiyaman. Badan aku malam tersebut bertambah panas. Sementara menunggu bas ke Adiyaman aku berehat di surau Otogar Konya.
Setelah mendapatkan tiket berharga 20 Juta Lira Turki aku bergerak meninggalkan Konya jam 1.00 pagi. Destinasi perjalanan aku hendak ke Timur Turki. Aku mesti menghabiskan penjelajahan di beberapa bandar utama di Timur Turki dan Adiyaman merupakan bandar pertama aku perlu jejaki sebelum ke bandar-bandar lain. Malatya, Diyarbakir, Erzurum, Batman, Van dan Agri telah berada di dalam perancangan aku untuk tiba. Demam masih demam.
Sepanjang perjalanan yang jauh dari Konya ke Adiyaman aku banyak tidur. Boleh dibilang dengan sebelah jari tangan berapa kali sahaja aku terjaga.
Bas berhenti di Adana dan kemudiannya meneruskan perjalanan ke Osmaniye, Kahramanmaras dan terus ke Adiyaman.
Aku tiba jam 11.00 pagi di Adiyaman. Sebuah bandar di Timur negara Turki. Tujuan aku ke bandar Adiyaman adalah untuk ke Gunung Nemrut yang terletak di dalam region Adiyaman iaitu di Kahta. Dengan maklumat yang aku dapat dari penjaga kaunter bas di Adiyaman, aku perlu mengambil Dolmus untuk ke Kahta. Ia tidak memberi banyak masalah kepada aku kerana stesyen Dolmus untuk ke Kahta hanya berada beberapa puluh meter dari Otogar Adiyaman.
Dengan bayaran 5 Juta Lira Turki aku menaiki Dolmus dari Adiyaman ke Kahta. Geografi berbukit di kawasan tersebut dengan kawasan menghijau amat menarik perhatianku. Di dalam perjalanan tersebut aku mendapat maklumat dari papan tanda di tepi jalan bahawa di kawasan tersebut terdapat Makam sahabat Rasulullah iaitu Mahmud Al-Ansari dan Abu Zar Al-Ghifari. Ketika itu aku sudah merancang untuk menjejaki makam tersebut jika berpeluang selepas mendaki Gunung Nemrut.
Perjalanan Adiyaman-Kahta sejauh 40km. Perjalanan memakan masa hampir sejam.
Demam belum reda. Badan semakin letih.
Bersama aku pada ketika tiba di Kahta adalah 2 orang backpaker dari Hungry dan seorang dari Latvia.
Apabila tiba di Kahta, kami disambut oleh beberapa 'orang suruhan' hotel-hotel di Kahta untuk 'menjemput' kami ke hotel-hotel mereka. Setelah berlaku tawar menawar dengan beberapa 'wakil' dari hotel-hotel tersebut aku memilih untuk bermalam di Hotel Commagne. Dengan bayaran US Dolar 35 aku dapat bermalam semalam di Kahta, Makan Malam, Sarapan Pagi, Van Transit ke puncak Gunung Nemrut selama 2 kali iaitu untuk melihat Sunset dan Sunrise serta tiket masuk di Nemrut Dagi Milli Parki.
2 orang Hungry memilih hotel lain.
Latvian memilih untuk berkhemah dan membuat keputusan berjalan kaki dari Kahta ke puncak Gunung Nemrut setinggi 2134 meter.
Ketika itu jam sudah 2.00 petang. Tepat jam 3.00 petang, van Transit akan tunggu di luar hotel untuk bergerak menuju ke Nemrut Dagi Milli Parki.
Sememangnya ketepatan masa menjadi milik orang Turki. Semua peserta yang mahu ke Nemrut Milli Parki sudah bersedia awal di lobi hotel. Aku yang terakhir turun. Lewat 2 minit dari jam 3.00 petang, van mula bergerak ke Nemrut Dagi Milli Parki. Van bergerak dari Kahta ke jalan bergunung untuk menuju ke puncak Gunung Nemrut setinggi 2134 meter. Van melalui jalan berbukit dan berhenti di Jambatan Rum dan Roman Pillars di pertengahan perjalanan.
Sepanjang perjalanan mendaki Gunung Nemrut, mata aku terpukau dengan pemandangan sekeliling. Cukup indah.
Badan aku berasa sedikit selesa walaupun demam belum sembuh sepenuhnya.
Aku tiba di Nemrut Dagi Milli Parki setelah hampir 2 jam perjalanan. Setelah selesai urusan tiket di kaunter yang di uruskan oleh pemandu kami, aku bersama peserta yang lain (seingat aku dalam 22-25 orang) mula mendaki untuk ke puncak Gunung Nemrut dari Nemrut Milli Parki. Dalam keadaan badan yang belum betul-betul sembuh aku cuba mendaki untuk tiba ke puncak gunung.
30 minit mendaki aku tiba juga di puncak. Cuaca di puncak amatlah sejuk walaupun pada ketika itu sudah musim panas. Salji-salji nipis masih memenuhi puncak gunung tersebut. Selamat ketika itu aku memakai baju agak tebal disebabkan ingin cepat berpeluh.
Di atas puncak gunung Nemrut tersebut terdapat beberapa ukiran patung diukir dalam keadaan duduk di sebuah kerusi yang besar dengan kepala patung tersebut sudah jatuh menyembah bumi. Berhadapan patung-patung tersebut ialah sebuah Altar yang dipercayai digunakan sebagai tempat penyembelihan untuk pemujaan dan pengorbanan. Di kiri kanan Altar terdapat ukiran helang yang kononnya mengawal tuhan.
Dikatakan patung-patung tersebut dari Zaman Commagene. Iaitu dari era Greek dan Parsi.
Cuma yang menimbulkan persoalan dalam minda aku ketika itu ialah mengenai kepala patung-patung tersebut. Semuanya jatuh menyembah bumi. Adalah Nemrut yang menjadi nama bukit tersebut ialah nama Maharaja Nemrut ketika zaman Nabi Ibrahim? Nemrut yang menyembah patung berhala? Dan adakah patung-patung itu yang di penggal kepalanya oleh Nabi Ibrahim?
Sedangkan pula, tempat dikatakan Nabi Ibrahim tidak di makan api ialah di sebuah kawasan bernama Harran. Harran pula terletak tidak jauh dari kawasan Gunung Nemrut tersebut.
Ia amat menarik untuk dikaji.
Ketika itu aku sudah mengenangkan semula mukjizat dan kehebatan Nabi Ibrahim a.s. Jika benar disitu baginda memenggal kepala patung berhala. Nah! Itulah bukti sejarah yang membenarkan kehebatan dari kisah sejarah Nabi Ibrahim a.s
Namun, banyak pendapat mengatakan bahawa peristiwa itu berlaku di Ur atau kawasan Babylon di Iraq. Wallahualam.
Dengan kesempatan rezeki yang Allah beri untuk berada di puncak gunung tersebut, aku menghabiskan masa melihat kesan-kesan tinggalan patung-patung berhala di puncak gunung sambil memerhatikan keindahan semulajadi ciptaan Allah di sekeliling gunung tersebut.
Mata aku terpukau dengan keindahan Tasik Attaturk dari puncak bukit. Keindahan gunung-ganang kawasan Tut, Kahta dan Sincik.
Maha Suci Allah yang mencipta alam yang indah ini. Untuk manusia berfikir tentang kehebatan Allah menjadikan segala-galanya.
Ketika matahari terbenam, aku bersama yang lain sudah menuruni puncak gunung tersebut untuk kembali ke Kahta.
Aku bersyukur kepada Ilahi kerana masih memberikan aku kekuatan dan peluang berkunjung ke Gunung Nemrut.
Walaupun dalam keadaan aku yang masih demam.

7 komen:
Memang hebat pengembaraan ini... demam pun sanggup daki gunung ... nak tau, macamana boleh ada semangat pengembara macam ni , hobi dari kecik ke ???
salam makcik ina,
mmg sy minat mengembara sejak kecik.tp xbanyak peluang ada..bila ada peluang mmg betul2 seronok.paling kurang dulu selalu ke Maxwell Hill, Taiping.
Dari sekolah rendah minat subjek Alam Dan Manusia kemudian masuk secondry school minat melampau dalam subjek sejarah.
Bila ada peluang berada di middle east saya suka ke tempat2 sejarah yang pernah saya baca. Dan suka mengkaji, menulis.
Tambah2 minat mengkaji sesuatu perkara yang baru (jarang orang perbincangkan). selagi xdapat info dan jawapan mesti cari jalan. Ada dapat, ada yang masih belum.
Bila mengembara, saya utamakan tempat2 yang pernah saya baca kisahnya. Dan mengkaji ttg sejarah para nabi, sirah rasul dan kisah hidup para sahabat. Itu yang lebih menaikkan semangat sy utk mengembara.
Saya jarang berfikir nak mengembara ke tempat2 cantik di eropah atau di mana2 sahaja..yang lebih menarik hati adalah kawasan2 sejarah yang ada kaitan dengan sejarah terutama sejarah Islam.
Biar ia kawasan yang bagi orang ramai tidak menarik..lokasi 'batuan berlonggok' saya amat2 'ghairah' ke tempat2 tersebut.
Tambahan, bila mengembara contohnya dalam entry di atas. sy berasa rugi jika sampai di suatu tempat tue tapi tak boleh nak sampai ke banyak tempat yang saya rancang. Sudahlah mahal tambang nak ke sana, biarlah berkorban sikit rasa sakit utk kepuasan diri..
Dan bila orang bertanya apa kerjaya saya ingin lakukan..
Ingin jadi seorang ahli sejarah Islam..
berguna untuk agamaNya.
semoga Allah permudahkan..Ameen.
:)
wah memang adventure nie..demam2 pun leh panjat gunung..bestnye minat sejarah.. eaktu sekolah dulu..cube jugak nak buat2 minat kat subjek sejarah.. tapi x leh jugak..setiap kali baca sejarah..mesti ngantukk.cam bed time story..
tapi minat jugak bile2 dengar kisah2 sejarah..sebab dari sejarah boleh ambik iktibar..
princess mayah,
hurm..kurang2 u minat nak tahu sejarahkan..bagusla..ada setengah org langsung xminat..nak dengar pun malas. bila sedang menyembang tetiba masuk topik sejarah, sure cuba ubah topik.. kalau sedang menonton tv, buat2 amik remote control n tukar2 channel lain..dah stop cakap pasai sejarah..channel yang asal tue dibukaknya balik..(nampak sangat cuba ngelak..huhu)
dasat sungguh semangat nye...kuat semangat ke kuat antibodi heheh kalo saya mmg slamt dah tlantar ats katil...tak bkudrat nak memanjat2 time demam kcuali ade yang nak tolong papah usungkan sx hahaha :p pape pun tahniah la,bukan senng nak cari sorang yang bcita2 tinggi untuk jadi ahli sejarah islam,tambah2 kat msia ni,ntah bape kerat ntah yang ade...moge tcapai impian tu satu hari nnt insya allah :)
salam guli guling yang setia mengomen..
terima kasih kerana mendoakan. Jika kita ada kemahuan, ada usaha, xpenah putus asa, peduli kata orang sbb kita wat perkara baik..Allah akan makbulkan..InsyaAllah.
ameen...insya allah 1 hari nnt saya akan lihat hazimin sulaiman sbagai salah sorang ahli sejarah islam tsohor d msia n jordan tentunya :) tingkatkan usaha n keazaman..all da best 2 you brother hazimin...
Post a Comment